Nampaknya Litar Antarabangsa Sepang mungkin bakal menjadi medan seterusnya untuk melihat sejauh mana keserasian Marc Marquez dengan jentera Ducatinya selepas berpindah dari pasukan Honda ke Gresini apabila
ujian rasmi MotoGP musim 2024 akan diadakan pada 6-8 Februari ini.

Selepas membuat penampilan memberangsangkan dengan jentera Itali dalam 'first debut'nya di Litar Valencia November lalu, peminat MotoGP sudah pastinya ingin mengetahui lebih lanjut keadaan terkini prestasi Marquez dengan Ducati.

Justeru tempoh tiga hari di Sepang menjadi indikator terbaik untuk mengukur kemampuan terkini Marquez bersama Ducati.

Dalam penampilan pertamanya di Valencia, ramai peminat MotoGP agak teruja apabila Marquez menamatkan sesi ujian tersebut dengan mencatatkan masa keempat terpantas keseluruhan walaupun ia kali pertama pengalamanya menghenjut jentera tersebut.

Sesi itu juga mendapat respon yang positif oleh Marquez terhadap jentera Desmosedici yang digunakan.

Bagaimanapun beliau mahukan beberapa perubahan dapat diusahakan yang dikira minor terhadap jenteranya itu.

Ia termasuklah tempat duduk yang lebih selesa selain keadaan jentera yang mudah terangkat setiap kali beliau melakukan 'hard breaking' ketika hendak memasuki selekoh.

Marquez juga mendakwa jentera Desmosedici yang digunakan lebih efisien untuk dikendalikan berbanding Honda memandangkan ia lebih ringan dan respsonsif.

Mungkinkah strategi perpindahanya satu gerakan karier yang tepat buat Marquez?..Segalanya hanya mampu terjawab sebaik musim perlumbaan MotoGP 2024 bermula 8 Mac ini!