Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengalu-alukan keputusan Kerajaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

Penganjuran itu merupakan peluang penting untuk merancakkan lagi industri sukan negara dengan acara itu akan memberikan impak positif buat masa depan kancah sukan negara.

MOM dalam satu kenyataan media mengiktiraf acara sukan dwitahunan itu buat klai ketujuh kerana temasya itu bakal memerikan kelebihan daripada aspek politik, ekonomi dan sukan negara.





Malah, MOM mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana persetujuan itu dalam komitmen Malaysia untuk mempromosikan sukan serta memupuk semangat kerjasama serantau.

Rekod prestasi kontinjen Malaysia ketika menjadi tuan rumah Sukan SEAP dan SEA pada 1965, 1971, 1977,1989, dan 2017 menjadi cerminan dalam penganjuran pada 2027 nanti.

Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) melalui MOM yang merupakan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) sebulat suara memberikan Malaysia hak sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan mengumumkan keputusan kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.