Madam Pang atau nama sebenarnya, Nuanphan Lamsam, diangkat sebagai wanita pertama yang akan menggalas tanggungjawab sebagai presiden bola sepak di Asia.

Sosok berumur 57 tahun itu memenangi 68 daripada 73 undian yang diadakan Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) hari ini untuk terpilih sebagai presiden ke-18 bagi menggantikan Somyot Phumphanmuang.

Madam Pang meletak jawatan selepas 890 hari menerajui pengurus pasukan kebangsaan dan sepanjang tempoh itu, skuad Gajah Perang memenangi Piala AFF edisi 2020 dan 2022 selain mara ke pusingan 16 Piala Asia 2023.


View this post on Instagram

A post shared by Nualphan Lamsam (@panglamsam)