Setelah mengumumkan perpisahan Februari lalu dengan pasukan F1 Mercedez-AMG Petronas, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, hadir ke Kuala Lumpur buat kali terakhir untuk menyantuni para peminat.

Untuk rekod, ketika bersama Mercedez-AMG Petronas, banyak kenangan manis yang dikecapi bersama dengan enam daripada kejuaraan yang diciptanya hadir menerusi jentera hebat daripada jenama terkemuka itu.

Yang menariknya, roti canai pasti bakal menjadi igauan kepada Lewis kerana makanan tradisi itu menjadi makanan kegemaran yang tidak boleh dilupakan ketika berada di bumi Malaysia.