Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menyifatkan pesanan yang diberikan ketika perhimpunan atlet negara 2018 merupakan amanat terakhirnya sepanjang tempoh lima tahun memegang tampuk kepimpinan di Kementerian Belia dan Sukan.
Antara amanat Khairy adalah mahu memastikan struktur sukan yang sedia ada dipelihara bagi memastikan atlet-atlet Malaysia terus cemerlang di pentas dunia.
Khairy juga berharap sesiapa sahaja yang bakal memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas ini mampu meneruskan beberapa dasar sukan yang dianggap membawa keputusan positif, antaranya program berprestasi tinggi seperti Program Podium yang dilihat mampu melahirkan beberapa juara dunia daripada pelbagai cabang sukan.
"Saya harap segala yang telah diusahakan dapat diinstitusikan dan dapat dijadikan dasar kepada sistem pengurusan sukan.
"Saya tidak katakan apa yang dilihat pada hari ini adalah kejayaan daripada lima tahun yang lepas, ada perkara yang telah dimulakan sebelum kehadiran saya.
"Benda yang baik kita teruskan dan siapa sahaja yang datang, mereka mempunyai tanggungjawab dan wajar semak semula apa sahaja yang berjaya dan kurang berjaya," katanya.
Tidak tertumpu kepada perihal kejayaan atlet Malaysia, Khairy tidak berselindung dalam mengingatkan kegagalan ketika Sukan Komanwel dan Sukan Asia Incheon 2014, begitu juga kes negatif seperti doping dalam kalangan atlet mampu dibendung pada masa akan datang.
Seramai 470 atlet dan 76 jurulatih, termasuk wakil-wakil persatuan sukan, menghadiri perhimpunan atlet tahun 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.
"Sudah tentu siapa sahaja yang memegang jawatan menteri ini di masa akan datang perlu melakukan perubahan kepada setiap aspek yang kurang berjaya.
"Saya tidak katakan apa yang telah dilakukan adalah yang terbaik, mungkin hari ini kita dapat saksikan kejayaan dan mungkin juga ada perkara yang akan mengalami kepincangan di masa akan datang," katanya lagi.
Penulis Jemputan
Tue Feb 27 2018
Sudah tiba masa ada perubahan dalam FAM -- Khairy Jamaluddin
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan sudah tiba masa perlu ada perubahan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Khairy seru kepimpinan baru KBS teruskan kecemerlangan
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menyifatkan pesanan yang diberikan ketika perhimpunan atlet negara 2018 merupakan amanat terakhirnya sepanjang tempoh lima tahun memegang tampuk kepimpinan di Kementerian Belia dan Sukan.
SUKMA 2018: Terengganu gembira sepak takraw kembali dipertandingkan
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) untuk kembali mempertandingkan tiga sukan teras pada edisi September ini disambut baik Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT).
Khairy mahu kaji tahap kemampuan Malaysia
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mahu meneliti segala aspek terlebih dahulu bagi melihat kemampuan Malaysia, sebelum menentukan sama ada untuk membida hak penganjuran Sukan Komanwel 2022.
Kes Doping: Berapa banyak program lagi kita nak buat?
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menganggap segala program anti-doping yang telah dilakukan untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sudah cukup meskipun turut terpalit dengan kes melibatkan seorang atlet Malaysia.
Sukan SEA: Malaysia tunggu 23 emas hari ini
Kejayaan kontinjen negara menepati sasaran 111 pingat emas dalam Sukan SEA kali ini mengurangkan sedikit tekanan tetapi pada masa sama masih memburu beberapa lagi pingat emas yang dipertandingkan.
Sukan SEA: Kita sudah muncul juara keseluruhan -- Khairy
Sebagai tanda penghargaan terhadap semangat juang atlet negara yang meraih 100 pingat emas, 100 Plus meraikan kejayaan itu dengan mengeluarkan tin minuman edisi khas "Kita Juara", hari ini.
Ekuestrian: Skuad polo raih kemenangan kedua
Pasukan ekuestrian polo negara yang diketuai oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berjaya mengekalkan rekod bersih apabila menewaskan Singapura 13-2 dalam aksi di Taman Ekuestrian Putrajaya, sebentar tadi.
Sukan SEA: Elemen kejutan bakal warnai acara pembukaan
Berbaki dua hari sahaja lagi sebelum temasya Sukan SEA Kuala Lumpur akan membuka tirai secara rasmi dan pelbagai elemen kejutan boleh dijangkakan dalam upacara pembukaan, Sabtu ini.
Sukan SEA: Kaunter tiket akan dibuka lebih awal
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menegaskan tiket bagi setiap acara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khususnya bola sepak kini mudah didapati sekaligus memudahkan penyokong-penyokong untuk hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan.
Brighton confirm surprise departure of De Zerbi
Brighton and Roberto De Zerbi have mutually agreed to part ways at the end of the season, the Premier League club confirmed.
Guirassy matches Kiessling, Muller record with another opener
Serhou Guirassy scored the opening goal for Stuttgart against Borussia Monchengladbach, equalling a Bundesliga record in the process.
Edwards urges Luton to 'reward' supporters on final day
Luton Town appear set for an immediate return to the Championship, but Rob Edwards has urged his players to "reward" the fans' support.
PSG boss Luis Enrique shrugs off Barcelona speculation
Xavi is reportedly under pressure at Barcelona, but Luis Enrique is not interested in speculation linking him with a Blaugrana return.
Late Palma strike sinks St Mirren as Celtic celebrate SPL triumph on final day
Palma strike sinks St Mirren
Under-pressure Xavi says he still has Barcelona's trust
Xavi says he has Barca's trust
Houston Dynamo FC v FC Dallas: Estevez hopes to take advantage of 'great opportunity'
Nico Estevez wants FC Dallas to address their struggles on the road when they travel to Houston Dynamo this weekend.
Thailand Open: Zii Jia reaches second final in three years
Lee Zia stormed into the Thailand Open men's singles final after turning in an explosive come-from-behind performance to beat Chou Tien-chen 18-21, 21-12, 21-13 in the Bangkok semis on Saturday.
Newcastle 'determined to finish on a high' at Brentford, Howe insists
Eddie Howe says Newcastle United must be ready to capitalise at Brentford should other teams slip up in the race for a top-six finish.
Klopp reflects on 'special' Liverpool stint as tenure draws to a close
Jurgen Klopp's glorious tenure at Liverpool will draw to a close with a home game against Wolves on Sunday.