Sebagai tanda penghargaan terhadap semangat juang atlet negara yang meraih 100 pingat emas, 100 Plus meraikan kejayaan itu dengan mengeluarkan tin minuman edisi khas "Kita Juara", hari ini.
Skuad negara telah berjaya mengecapi 100 pingat emas setakat ini dan makin menghampiri sasaran 111 yang ditetapkan.

Untuk itu, 100 Plus menghadiahkan sesuatu yang amat istimewa buat rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambutnya dengan melancarkan tin edisi khas itu sebagai simbolik kepada 100 pingat emas yang telah diraih.

Majlis berkenaan telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang meletakkan tandatangan di tin emas gergasi Kita Juara itu di perkarangan Rumah Malaysia, KL Sports City.

"Sekiranya semua acara dapat menghasilkan emas sepertimana yang dijangkakan, pingat 111 itu akan dapat kita perolehi malam ini," kata Khairy.

"Mengikut kiraan saya, kita sudah muncul juara keseluruhan. Tiada negara yang dapat mengatasi kita. Cumanya sekarang kita mahu lihat berapa banyak kutipan yang dapat dilakukan untuk mengatasi rekod 111 daripada 2001 dan mencipta sejarah baru dalam Sukan SEA kali ini."

Pastinya tin emas itu bakal memberi satu makna bersejarah dalam Sukan SEA yang menandakan kejayaan atlet negara sepanjang temasya ini.

100 Plus merupakan penaja perak untuk Sukan SEA 2017, iaitu kategori ketiga dengan jumlah penajaan sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta.

"Ini satu pencapaian yang sangat bermakna kerana kita telah merangkul 100 pingat emas dan hanya memerlukan 11 lagi pingat emas bagi mencapai sasaran.

"Ini saat yang cukup istimewa bagi kontinjen Malaysia," kata Pengurus Pemasaran 100 Plus, Leong Wai Yin.


Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.