Shaiful Shamsudin
Wed Nov 16 2022
Rafael Nadal tidak pasti adakah dia mampu mengembalikan prestasi terbaiknya dan cergas sepenuhnya pada 2023, tetapi apa yang pasti dia akan sentiasa memberikan pukulan terbaiknya.
Pemain veteran Sepanyol itu tewas 3-6, 4-6 kepada Felix Auger-Aliassime dalam Pusingan Akhir ATP awal pagi tadi, kekalahan keduanya di peringkat kumpulan liga sepusingan berkenaan dan kekalahan keempat berturut-turutnya secara keseluruhan.
Nadal memulakan musim ini dengan menakjubkan apabila memenangi Terbuka Australia diikuti gelaran Terbuka Perancis ke-14, sekali gus mengumpul jumlah 22 grand slam -- rekod terbanyak untuk pemain perseorangan lelaki.
Bagaimanapun, Nadal menderita masalah kaki yang serius dan pemain berusia 36 tahun itu terpaksa menarik diri daripada Wimbledon sebelum perlawanan separuh akhir menentang Nick Kyrgios berikutan terkoyak ligamen perut.
Kecederaan itu menghalangnya untuk kerap beraksi sepanjang musim ini dan dia jelas tidak berada di tahap terbaiknya ketika berdepan Auger-Aliassime yang membariskan bapa saudara Nadal, Toni Nadal, dalam pasukan kejurulatihannya.
Ditanya sama ada dia akan mengambil pendekatan optimis atau masih meragui kelibatnya sendiri pada musim depan, Nadal berkata: "Anda boleh berada dalam kedua-dua situasi. Anda boleh optimis dan juga mempunyai keraguan. Mengapa tidak?
"Bagi saya keraguan seperti yang saya sudah katakan banyak kali adalah sangat baik di dunia ini. Orang yang tidak mempunyai keraguan, ia mungkin kerana mereka terlalu sombong, itu dari sudut pandangan saya.
"Jika anda tidak optimistik atau positif, adalah mustahil perkara akan berjalan dengan lancar. Itu pandangan saya dan itulah pendekatan saya."
Dia berharap untuk membuat permulaan mantap dalam kempen baharu di Australia kelak dan akan berusaha untuk tampil dalam keadaan cergas sihat bagi terus memburu kejuaraan.
"Saya hanya perlu memulihkan kesemua perasaan positif dan keyakinan ini termasuk mentaliti kuat yang diperlukan untuk berada di tahap yang saya dambakan," katanya.
"Dan saya tidak pasti adakah saya mampu mencapai tahap itu lagi. Tetapi apa yang saya tidak ragui ialah saya sedia bermati-matian deminya."
Dia akan menamatkan kempen liga sepusingan itu menentang pemain muda Norway yang ditumpaskannya dalam final Terbuka Perancis, Casper Ruud, di Turin esok.
Tenis: Rafael Nadal sukar dijangka -- Lopez
Rafael Nadal mungkin sukar untuk menyamai koleksi 24 gelaran grand slam yang dimiliki Novak Djokovic tetapi pemain Sepanyol itu mampu menamatkan karier cemerlangnya dengan kejayaan terakhir di Roland Garros tahun depan.
Rafael Nadal tak bertanding Terbuka Perancis, rancang gantung raket tahun depan
Rafael Nadal tidak akan menyertai Terbuka Perancis minggu depan sambil menyatakan hasratnya untuk bersara pada 2024.
Terbuka Itali: Kecederaan paksa Rafael Nadal tarik diri
Harapan Rafael Nadal untuk mempertahankan gelaran Terbuka Perancis mengalami satu lagi tamparan dengan berita dia telah menarik diri daripada Terbuka Itali minggu depan di Rom.
Tenis: Status ranking ATP 18 tahun Rafael Nadal lebur
Rafael Nadal terkeluar daripada 10 ranking pemain terbaik dunia buat julung kalinya dalam tempoh hampir 18 tahun.
Terbuka Indian Wells: Rafael Nadal sah tarik diri
Rafael Nadal sah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Indian Wells kerana masih menjalani pemulihan kecederaan pinggul.
Terbuka Australia: McDonald cipta kejutan singkir Nadal
Mackenzie McDonald mencipta kejutan terbesar dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia apabila menewaskan juara bertahan, Rafael Nadal, 6-4, 6-4, 7-5 dalam perlawanan pusingan kedua sebentar tadi.
Terbuka Australia: Nadal kian bersemangat sejak bergelar bapa
Rafael Nadal berkata memenangi perlawanan merupakan sesuatu yang sempurna untuk mengatasi masalah kecederaannya selepas memulakan Kejohanan Tenis Terbuka Australia dengan kemenangan ke atas Jack Draper semalam.
Terbuka Australia: Kepulangan Djokovic baik untuk tenis, kata Nadal
Kepulangan Novak Djokovic dalam Terbuka Australia akan menjadi sesuatu yang baik buat sukan tenis, kata seorang lagi pemain legenda, Rafael Nadal.
Nadal lantik jurulatih dari Argentina
Rafael Nadal telah melantik jurulatih baru selepas Francis Roig meninggalkan pasukannya.
Final ATP: Rafael Nadal masih 50-50 dengan prestasi musim depan
Rafael Nadal tidak pasti adakah dia mampu mengembalikan prestasi terbaiknya dan cergas sepenuhnya pada 2023, tetapi apa yang pasti dia akan sentiasa memberikan pukulan terbaiknya.
Sinner joins Alcaraz in withdrawing from Italian Open
Jannik Sinner would have been a fan favourite in Rome, but the world number two has had to withdraw from the Italian Open.
Verstappen clinches sprint victory at Miami Grand Prix, Hamilton hit with penalty
Max Verstappen won the sprint race ahead of Charles Leclerc at the Miami Grand Prix, while Lewis Hamilton was hit with a 20-second penalty.
Terzic hopeful of Wembley send-off for Dortmund hero Reus
Marco Reus is to leave Borussia Dortmund at the end of the 2023-24 campaign, which could culminate in a Champions League final at Wembley.
Bayern Munich defender Guerreiro doubtful for Real Madrid match - Tuchel
Thomas Tuchel provided updates on the fitness of Raphael Guerreiro and Eric Dier following Bayern Munich's Bundesliga defeat to Stuttgart.
Pochettino: Chelsea facing 'most dangerous' game against West Ham
Chelsea will be looking for back-to-back Premier League wins when they take on London rivals West Ham at Stamford Bridge.
Celtic 3-0 Hearts: Kyogo sends hosts six points clear of Rangers
With the Old Firm derby to come next week, Celtic put the pressure on Rangers in the title race by defeating Hearts.
Red Bull designer Newey 'flattered' by Hamilton interest in Ferrari link-up
Red Bull and Adrian Newey will part ways, with Lewis Hamilton interested in working with the designer at Ferrari in future.
Sheffield United 1-3 Nottingham Forest: Hudson-Odoi gives visitors huge survival boost
Nottingham Forest took a big step towards Premier League survival as they won while their two relegation rivals failed to get three points.
Real Madrid 3-0 Cadiz: Ancelotti's side on brink of clinching LaLiga title
Jude Bellingham added to his goals tally for the season as Real Madrid eased to a 3-0 win over Cadiz in LaLiga.
NBA: Magic survive 'special' Mitchell onslaught to force series decider in Cleveland
Donovan Mitchell scored 50 points but that was not enough to drag the Cleveland Cavaliers past the Orlando Magic.