Rafael Nadal tidak akan menyertai Terbuka Perancis minggu depan sambil menyatakan hasratnya untuk bersara pada 2024.
Juara grand slam 22 kali itu tidak beraksi sejak tersingkir dalam pusingan kedua di Terbuka Australia, Januari lalu.
Nadal bergelut dengan kecederaan pinggul dalam kekalahan straight set kepada Mackenzie McDonald itu dan isu berkenaan berterusan apabila pemain berusia 36 tahun tersebut masih belum pulih sepenuhnya untuk beraksi di Roland Garros.
Pemain Sepanyol itu secara tidak langsung akan terlepas kejohanan berkenaan buat kali pertama sejak 2004 dan dalam sidang media di akademinya di Manacor, dia mengakui bahawa ia satu-satunya pilihan yang ada demi memanjangkan kariernya.
Juara Terbuka Perancis 14 kali itu merancang untuk berehat dalam beberapa bulan akan datang dengan matlamat untuk pulih supaya dia dapat beraksi dalam kejohanan penting pada 2024 dan dalam Jelajah ATP terakhirnya.
"Matlamat saya dan cita-cita saya adalah untuk mencuba dan berhenti, memberi diri sendiri peluang untuk menikmati tahun depan yang mungkin akan menjadi tahun terakhir saya dalam jelajah profesional," kata Nadal dalam sidang akhbar.
“Ini perancangan saya sendiri tetapi saya tidak boleh mengatakan 100 peratus ia akan menjadi kenyataan, namun idea dan motivasi saya adalah untuk cuba menikmati serta mengucapkan selamat tinggal kepada semua kejohanan utama pada pandangan saya.
“Untuk berdaya saing pada hari ini adalah tidak mungkin. Saya percaya jika saya meneruskannya sekarang, saya tidak akan mampu merealisasikannya.”
Shaiful Shamsudin
Fri May 19 2023
Dunia tenis berbangga melihat kamu -- Roger Federer terhadap persaraan Rafael Nadal
Bekas pemain tenis profesional Switzerland, Roger Federer, menyatakan bahawa Rafael Nadal telah "membanggakan dunia tenis" melalui perjalanan kariernya ketika dia memberi penghormatan kepada Nadal menjelang persaraan bintang tenis itu pada penghujung Piala Davis Cup, semalam.
Dalam hidup ada permulaan, pengakhiran -- Rafael Nadal umum gantung raket
Rafael Nadal, pemain tenis terhebat sepanjang zaman mengumumkan akan bersara daripada tenis profesional penghujung musim selepas Pusingan Akhir Piala Davis bulan depan.
Paris 2024: Nadal bakal tentukan masa depan dalam masa terdekat
Rafael Nadal berkata dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya apabila Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir selepas mengalami kekalahan pusingan kedua kepada Novak Djokovic semalam.
Paris 2024: Djokovic atasi Nadal dalam pusingan kedua
Novak Djokovic mengatasi seteru terulungnya, Rafael Nadal, dalam pusingan kedua Sukan Olimpik Paris 2024 sebentar tadi, yang mungkin menjadi pertembungan terakhir dua pemain legenda berkenaan.
Paris 2024: Orang Kulim jumpa Rafael Nadal, Azlan Mubin teruja lihat jaguh tenis dunia
Wartawan Astro Arena, Azlan Mubin, berpeluang melihat sesi latihan pemain tenis sensasi dunia, Rafael Nadal, di Roland Garros semalam.
Paris 2024: Tiada jaminan Nadal dan Alcaraz pungut pingat emas di Olimpik
Rafael Nadal dan Carlos Alcaraz teruja untuk mewakili Sepanyol di Sukan Olimpik Paris, tetapi menganggap cabaran mereka masih jauh.
Tenis: Rafael Nadal sukar dijangka -- Lopez
Rafael Nadal mungkin sukar untuk menyamai koleksi 24 gelaran grand slam yang dimiliki Novak Djokovic tetapi pemain Sepanyol itu mampu menamatkan karier cemerlangnya dengan kejayaan terakhir di Roland Garros tahun depan.
Rafael Nadal tak bertanding Terbuka Perancis, rancang gantung raket tahun depan
Rafael Nadal tidak akan menyertai Terbuka Perancis minggu depan sambil menyatakan hasratnya untuk bersara pada 2024.
Terbuka Itali: Kecederaan paksa Rafael Nadal tarik diri
Harapan Rafael Nadal untuk mempertahankan gelaran Terbuka Perancis mengalami satu lagi tamparan dengan berita dia telah menarik diri daripada Terbuka Itali minggu depan di Rom.
Tenis: Status ranking ATP 18 tahun Rafael Nadal lebur
Rafael Nadal terkeluar daripada 10 ranking pemain terbaik dunia buat julung kalinya dalam tempoh hampir 18 tahun.
Stoke part company with head coach Pelach
Pelach departs Stoke
Slot hails 'outstanding leader' Van Dijk despite lack of contract update
Slot hails Reds 'leader' Van Dijk
Barca appeal for Olmo registration rejected by court
Olmo appeal rejected by court
Luka Dončić out at least a month with calf strain
Dončić out at least one month
Rybakina leads Kazakhstan to first-ever United Cup win
Kazakhstan, China win at United Cup
Bosch continues dream debut as South Africa inch ahead of Pakistan
South Africa inch ahead of Pakistan
Slot downplays Liverpool's impressive away form
Preview: West Ham v Liverpool
'Every manager is in danger' – Amorim admits Man Utd job not safe
Amorim admits Man Utd job not safe
'Sport is not easy' - Guardiola looking to end Man City frustration in 500th game
Preview: Leicester v Man City
Gauff: United Cup the ideal preparation for Australian Open
Gauff positive regarding United Cup