Faktor komunikasi jadi perkara utama antara pemain dan jurulatih apabila penggunaan bahasa serumpun mudah difahami oleh kedua-dua belah pihak.

Pemilihan Mulyo Handoyo dan Rosman Razak adalah pilihan tepat dan mendapat persetujuan daripada bekas Pengarah Berprestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj.

Pengalaman luas Mulyo ditagih skuad kebangsaan apabila khidmatnya sebagai jurulatih pernah membawa kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia serta Piala Thomas iaitu Taufik Hidayat.

"Jika lihat kepada sektor perseorangan lelaku, anda perlukan seseorang untuk memahaminya.

"Jika melantik warga Indonesia, dia boleh memahami bahasa, pemain dan berkomunikasi dengan baik," katanya.