Impian melihat gandingan muda, Ng Qi Xuan-Yap Rui Chen, untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 musnah meskipun menghampiri kemenangan berdepan beregu senior.

Pemain berusia 24 tahun itu terbaring di atas Gelanggang 1 sambil menahan kesakitan terhadap kecederaan lututnya yang terkehel sehingga menyebabkan bengkak sebesar bola ping pong timbul di lututnya.

Qi Xuan tercedera di bahagian lututnya hingga terpaksa diusung keluar pada saat dia hampir meraikan kemaraannya.


Kemalangan itu secara tidak langsung membuka jalan buat Go Pei Kee-Teoh Mei Xing ke perlawanan akhir hari ini.

“Saya bersimpati kepada Qi Xuan. Mereka mempamerkan permainan terbaik ketika di gelanggang.

“Saya sangat sedih bagi dia dan ini kali pertama kami melihat insiden sebegini berlaku,” kata Qi Xuan.

“Saya sangat sedih kerana mereka sedang mendahului dan berada di mata akhir, jadi rasa sakit hatilah.

“Kami mendoakan pada masa akan datang dia akan sembuh dengan cepat.

“Kami mempunyai tanggungjawab untuk kembali semula dengan sepantas mungkin,” ulas Mei Xing.