McLaren Mercedes akhirnya menafikan segala usaha yang cuba di lakukan oleh pasukan ferrari untuk menutup aksi perlumbaan musim ini selaku juara dalam kategori pengeluar selepas menamatkan pusingan akhir perlumbaan di Abu Dhabi selaku juara keseluruhan semalam.
Ia susulan kemenangan yang dicatatkan oleh Lando Norris sekalipun dua pemandu Ferrari, Carlos Sainz dan Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di Grand Prix Abu Dhabi di kedudukan kedua dan ketiga.
Secara keseluruhan pasukan McLaren Mercedes menutup aksi musim 2024 dengan mengumpul 666 mata untuk berada di tangga teratas carta kedudukan pengeluar dengan hanya dibezakan dengan 14 mata sahaja berbanding pesaingnya Ferarri.
Ferrari terpaksa akur untuk menutup tirai perlumbaan musim ini selaku naib juara di belakang Mclaren dengan mata keseluruhan 652.
Sementara Red Bull Racing Honda RBPT pula berada dikedudukan ketiga dengan mengumpul 689 mata secara keseluruhan.
Jumlah itu agak jauh jika dibandingkan dengan pencabar terdekat pasukan itu iaitu Mercedes yang sekadar hanya mampu mengutip 468 mata keseluruhan.
Bagaimanapun penghijrahan bekas pemandu Mercedes, Lewis Hamilton ke pasukan Ferrari musim depan sedikit sebanyak dilihat mungkin mampu menggugat penguasaan pasukan Mclaren Mercedes untuk bersaing kategori pengeluar.
Selepas sekian lama setia bersama pasukan Mercedes, Hamilton akhirnya memutuskan untuk berpindah kepada pasukan Ferrari selepas menikmati begitu banyak kejayaan bersama pasukan itu termasuk muncul selaku juara dunia.
Juara dunia tujuh kali itu pertama kali memenangi siri perlumbaan Formula 1 ialah pada 2007 di Grand Prix Australia.
Setahun selepas itu Hamilton mula menempa namanya selaku juara dunia pada 2008,2014, 2015, 2017, 2018, 2019 dan yang terakhir adalah pada 2020.
King Hisyam
Mon Dec 09 2024
F1: McLaren Mercedes tutup aksi 2024 selaku juara pengeluar
Ferrari terpaksa akur untuk menutup tirai perlumbaan musim ini selaku naib juara di belakang Mclaren dengan mata keseluruhan 652
Formula 1 perkenal sistem penyejukan kokpit bermula musim 2025
Langkah itu diambil berikutan insiden Grand Prix Qatar 2023 di mana ramai pemandu mengalami ketidakselesaan akibat suhu tinggi dalam kokpit.
F1: Sertai Williams bukanlah pengakhiran bagi saya -- Carlos Sainz
Carlos Sainz yakin dia mampu bersaing untuk memperoleh kemenangan dalam perlumbaan Formula 1 sejurus dia meninggalkan Ferrari untuk Williams pada penghujung musim ini.
F1: Saya calon 'menarik' ambil alih tempat Hamilton -- Alonso
Fernando Alonso percaya dia adalah calon yang 'menarik' untuk menggantikan Lewis Hamilton di Mercedes -- tetapi telah menafikan mengadakan perbincangan dengan Silver Arrows.
F1: Nafi bakal sertai Ferrari, Hamilton jangka bakal perbaharui kontrak bersama Mercedes
Lewis Hamilton menafikan dia telah ditawarkan kontrak oleh Ferrari dan menjangka untuk menandatangani perjanjian baharu Mercedes 'dalam beberapa minggu akan datang'.
F1: Mana mungkin Hamilton sertai Ferrari -- Ecclestone
Bernie Ecclestone berkata dia akan terkejut jika Ferrari melakukan perpindahan terbesar dalam sejarah Formula Satu baru-baru ini dengan menandatangani Lewis Hamilton.
Charles Leclerc sayangkan Ferrari, nafi ganti Lewis Hamilton di Mercedes
Charles Leclerc menyangkal laporan yang mencadangkan dia akan menggantikan Lewis Hamilton di Mercedes apabila mengesahkan komitmennya kepada Ferrari.
F1: Leclerc rayu peminat berhenti datang ke rumahnya
Charles Leclerc memohon agar peminatnya menghormati privasinya dan berhenti daripada datang ke kediamannya.
F1: Leclerc dikenakan penalti 10 petak dalam GP Arab Saudi
Charles Leclerc dikenakan penalti 10 petak perlumbaan menjelang perlumbaa Formula 1 (F1), Grand Prix Arab Saudi hujung minggu ini apabila Ferarri sekali lagi terpaksa menukar unit kawalan elektronik (ECU).
F1: Ferrari perlu buktikan sesuatu selepas kekecewaan musim 2022 -- Leclerc
Charles Leclerc meletakkan jangkaan tinggi buat Ferrari bagi musim Formula 1 (F1) 2023 di sebalik kesukaran yang dihadapi mereka tahun lalu.
Smith to captain Australia as he hunts 10,000 runs in Sri Lanka
Smith to stand in for Cummins
Ancelotti warns Clasico is unpredictable ahead of Supercopa final
Ancelotti: Clasico is unpredictable
NBA: Cavaliers rally past Raptors for 12th straight victory
Cavs rally for 12th straight win
Under pressure Clement understands fan frustration after Dundee draw
Clement understands fan frustration
Baines hails Everton commitment after Peterborough win
Baines hails Everton commitment
Djokovic reveals retirement plans, backs Alcaraz to break grand slam record
Djokovic reveals retirement plans
Malaysia Open: Wei Chong-Kai Wun, Yew Sin-Ee Yi among 4 pairs into last eight
Man Wei Chong-Tee Kai Wun and Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turned in a sizzling performance to reach the Malaysia Open quarter-finals, and they were joined by two other Malaysian pairs on another good day at the Axiata Arena.
Everton begin post-Dyche era with FA Cup triumph over Peterborough
Everton earn first win post-Dyche
Dundee 1-1 Rangers: Clement's side endure another frustrating away day
Report: Dundee 1-1 Rangers
Real Madrid 3-0 Mallorca: Bellingham and Rodrygo set up Barca battle in Supercopa final
Report: Real Madrid 3-0 Mallorca