“As soon as possible!!!” – ayat penegasan yang dikeluarkan oleh pihak F1 kepada Red Bull Racing susulan dakwaan melanda Principal pasukan, Christian Horner yang berdepan tuduhan gangguan seksual ke atas staf wanita di dalam pasukan RBR.

Situasi ini menyebabkan pihak Formula 1 masuk campur dengan memberi tempoh buat RBR selesaikan kemelut melanda sebelum kontroversi ini menggangu persiapan pasukan menjelang kempen pembukaan di GP Bahrain pada awal mac nanti.

Horner yang mula mengemudi pasukan RBR sejak 2005 menafikan dakwaan bahawa dia terlibat dengan insiden gangguan seksual ke atas pekerja wanita namun walaubagaimanapun beliau tetap menghormati proses siasatan dan akan terus memberi kerjasama ketika ditemui dalam pelancaran jentera baru pasukan.

Hal ini turut mendapat perhatian rakan Kerjasama Red Bull Racing, pihak Ford yang mengharapkan isu ini diselesaikan secepat mungkin untuk mengelak sebarang tekanan yang mampu beri kesan negatif buat kedua-dua pihak.

Buat masa ini, pihak RBR sedang dalam persiapan menuju ujian pra musim di Bahrain pada 21 sehingga 23 februari ini dan siasatan terperinci mengenai kes Horner ini sedang giat diperhalusi pihak terbabit.