Final kejohanan ePiala Asia diantara Indonesia menentang Jepun memaparkan aksi yang memukau dengan lebih 200 ribu tontonan streaming, dengan pasukan Garuda dalam landasan terbaik pada perlawanan pertama tetapi terpaksa beralih ke sepakan penalti selepas terikat seri 1-sama.

Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.

Namun sepakan penalti yang memihak kepada Indonesia, dengan keputusan 1-1(3-2) memisahkan kedua-dua pasukan.