500 tiket akan diagihkan secara percuma kepada 500 orang yang terawal bagi menyaksikan aksi penentuan ketiga/keempat dan final GP Penang Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) di Spice Arena malam ini.

Menerusi sumbangan daripada Presiden Sepak Takraw Malaysia, Datuk Sumali Reduan, 500 orang yang terawal akan menerima tiket percuma untuk menyaksikan aksi final antara KL Thunder dan Perak Bison manakala Terengganu Turtles dan NS Antlers dalam penentuan ketiga/keempat.