Timbul persoalan ketika ini berkenaan status penyertaan skuad sepak takraw Thailand dalam kejohanan yang julung kali dianjurkan iaitu Piala Asia 2025.
Terdahulu, pengerusi jawatankuasa induk kejohanan tersebut merangkap Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, mengakui berang dengan sikap acuh tak acuh Thailand yang gagal mengesahkan penyertaan sebelum tarikh akhir pada 31 Disember 2024 jam 5 petang.
Bukan kerana takut atau bimbang dengan kehadiran Thailand yang juga musuh tradisi skuad sepak takraw negara, tetapi Sumali menegaskan semangat kesukanan serta taraf sukan sepak takraw sewajarnya dijulang dan setiap pasukan bertanding perlu menghormati pihak tuan rumah demi memastikan kelancaran pra, semasa serta pasca kejohanan.
Penulis turut mendapatkan maklum balas daripada Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, berkenan hal ini, dan dia mempercayai ia akan dapat diselesaikan dengan baik dan akan dipanjangkan ke mesyuarat jawatankuasa induk kejohanan yang dijadualkan berlangsung selewat-lewatnya Februari depan di Kuala Lumpur.
Sejujurnya pada pandangan penulis, jika tanpa kehadiran skuad Gajah Perang, sedikit sebanyak akan merencatkan kerancakan saingan, namun ia bukanlah bermakna Malaysia akan mendapat laluan mudah untuk bergelar juara.
Penulis sekali lagi mahu melihat skuad kendalian Ahmad Jais Baharun menundukkan ego Thailand di pentas final terutamanya bagi acara berpasukan dan tidak mustahil untuk kita menikmati satu lagi detik bersejarah di bumi sendiri, di laman sendiri.
Kejohanan berkenaan dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 18 Mei depan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan empat acara bakal dipertandingkan iaitu regu, beregu, quadran dan berpasukan melibatkan penyertaan daripada 14 buah pasukan terbaik rantau Asia.
Fadhirul Shuhaimi
Sat Jan 11 2025
Sepak Takraw Piala Asia 2025 : Tanpa Thailand? Ya atau tidak?
Timbul persoalan ketika ini berkenaan status penyertaan skuad sepak takraw Thailand dalam kejohanan yang julung kali dianjurkan iaitu Piala Asia 2025.
Petronas Terbuka Malaysia: Malaysia ialah tempat istimewa -- Perseorangan wanita Thailand
Malaysia ialah tempat yang istimewa buat perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Intanon, yang sudah memenangi empat gelaran dalam tempoh enam tahun di Kuala Lumpur.
Xuan Son selesai jalani pembedahan, bakal kembali beraksi dalam tempoh lapan bulan
Pemain naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, selesai menjalani pembedahan berikutan kecederaan patah kaki yang dialami ketika final kedua Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024.
Pemain naturalisasi baru Vietnam akur patah kaki
Penyerang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, terpaksa akur selepas mengalami kecederaan patah kaki ketika ingin melakukan hantaran dalam perlawaan final kedua piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, malam tadi.
Final Piala AMEC: Pelbagai kontroversi hiasi kemenangan Vietnam atasi Thailand, peroleh kejayaan padam rekod cemerlang Gajah Perang
Vietnam muncul juara buat kali pertama sejak 2018 selepas menewaskan juara bertahan, Thailand, sekali gus menambah tiga koleksi piala Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.
Piala AMEC: Jadi juara lebih baik dari kasut emas -- Xuan Son
Penyerang bintang naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, menegaskan menjadi juara adalah fokus utamanya berbanding merebut kasut emas menjelang perlawanan akhir kedua
Piala AMEC: Saya akan pastikan Thailand juara -- Jonathan Khemdee
Pertahanan kental Thailand, Jonathan Khemdee, mendedahkan azam tingginya untuk menjuarai Piala AMEC buat kali pertama dalam kariernya
Piala AMEC: Pemain naturalisasi Vietnam pamer taring
Aksi pemain naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son, mencuri tumpuan selepas menjaringkan dua gol penting yang memacu kemenangan Vietnam mengatasi Thailand dalam perlawanan final pertama Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC), malam tadi.
Piala AMEC: Xuan Son beri kelebihan buat Vietnam ke atas Thailand
Vietnam melebur kemarau 27 tahun apabila berjaya merakamkan kemenangan pertama ke atas Thailand di laman sendiri menerusi kemenangan 2-1 dalam aksi final pertama Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) sebentar tadi.
Final Piala AMEC: Info siaran langsung (live streaming) Vietnam lawan Thailand
Dua pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam dan Thailand, akan bertembung dalam aksi final pertama Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) di Stadium Phu Tho malam ini.
'He's built for those moments' - Jenkins salutes Memphis matchwinner Morant
Morant 'built for those moments'
Australian Open: Sabalenka feels she has matured in three-peat quest
Sabalenka feels she has matured
Australian Open: Zverev soars into second round in Melbourne
Zverev through to Aus Open R2
Murray: Coaching Djokovic 'more demanding than I expected'
Murray: Coaching Novak 'demanding'
Pistons hail 'tremendous' Cunningham after another triple-double
Pistons heap praise on Cunningham
Australian Open: Nishikori wants fewer five-set battles despite stunning win
Nishikori wants fewer five-setters
Australian Open: Sabalenka enjoys Melbourne homecoming
Sabalenka dispatches Stephens
Yamal backed for Ballon d'Or glory by Lewandowski
Yamal backed to win Ballon d'Or
Australian Open: Nishikori completes stunning comeback
Nishikori stuns in comeback win
Bin Shen will leave Malaysia with fond memories
Tan Bin Shen insist he will leave the national team with only good memories despite being denied the ideal farewell following the exits of the men’s doubles pairings at the Malaysia Open.