Kapten sepak takraw negara, Farhan Adam, berasakan skuad negara memerlukan Thailand dalam saingan Piala Asia Sepak Takraw 2025 sebagai penanda aras prestasi semasa skuad negara.

Wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, yang berada di lokasi latihan di Dewan latihan Gimnasium 1, Bukit Jalil, hari ini mendapatkan komen pemain berusia 36 tahun itu.






"Bagi saya, saya perlukan pasukan Thailand di Piala Asia nanti. Saya harap pasukan Thailand dapat menyertai kejohanan ini." katanya.

Sebelum ini, Thailand hanya menghantar penyertaan mereka pada jam 9 malam -empat jam selepas tarikh penyertaan ditutup- pada 31 Disember 2024 lalu.