Perlawanan terawal Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) hari ini menyaksikan Perak Bison terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku tiga pasukan terbaik setakat ini.

Walaupun perlu menghambat kedudukan Melaka Titans buat seketika dalam set pertama, Sang Seladang bangkit untuk memimpin permainan sebelum mencetak kemenangan 21-17.

Set kedua tampak berbeza apabila Perak mengekalkan momentum untuk mendahului sepanjang perlawanan sehingga kemenangan 21-17.

Dalam pertembungan selanjutnya di Stadium Titiwangsa, perlawanan tumpuan di antara dua pasukan teratas STL memihak kepada Penang Black Panthers.

Di sebalik beberapa kali menggugat Kuala Lumpur Thunder dalam set pertama, Black Panthers terpaksa akur 18-21 selepas bertarung selama 31 minit.





Penang enggan menyerah kalah untuk mengheret permainan ke set penentuan berbekalkan kemenangan 21-17 dan momentum diteruskan dalam aksi sengit sebelum mereka memuktamadkan kekalahan kedua KL Thunders musim ini 15-21.