Kuala Lumpur Thunder mengesahkan gelaran selaku pasukan yang sukar digugat selepas menewaskan Perak Bison dalam final Grand Prix Penang Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) di Spice Arena, Pulau Pinang, sebentar tadi.
Skuad Warga Kota itu menewaskan Perak Bison dengan aksi straight set 15-12, 15-10 dalam tempoh 56 minit secara keseluruhan.
Juara bertahan, KL Thunder, mempertaruhkan pemain muda seperti Zarif Merican (tekong), Amirul Zazwan (pengumpan) dan Redwan Hakim (perejam). Manakala, Perak Bison pula dibarisi skuad terbaiknya iaitu Kritsada Sungvung (tekong), Aidil Aiman (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam).
Perak Bison memberikan tentangan sengit dalam set pertama yang berlangsung selama 31 minit itu untuk mendahului 12-9.
Namun, percaturan membawa masuk Syahir Rosdi, mengubah rentak permainan anak buah Rosli Rahman menjadi lebih tajam daripada aspek servis sekali gus memacu kebangkitan pasukan Warga Kota itu untuk menang 15-12.
KL Thunder membuktikan kredibilitinya selaku juara GP Selangor, Terengganu, dan Perak sebagai pasukan yang sukar digugat selepas meneruskan momentum cemerlang itu dalam set kedua untuk menewaskan Perak 15-10.
Kemenangan itu memastikan Kuala Lumpur Thunder selangkah untuk muncul juara keseluruhan dengan kini telah mengumpul 128 mata dalam carta Grand Prix dan untuk rekod hanya empat pasukan terbaik akan layak ke saingan STL Champion Cup.
Saufi Tahir
Sun Oct 20 2024
Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia sambut baik penyertaan Thailand
Pasukan Thailand mengesahkan penyertaan saat akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025.
Sepak Takraw Piala Asia 2025 : Tanpa Thailand? Ya atau tidak?
Timbul persoalan ketika ini berkenaan status penyertaan skuad sepak takraw Thailand dalam kejohanan yang julung kali dianjurkan iaitu Piala Asia 2025.
Sepak Takraw Piala Asia: ASTAF yakin isu pendaftaran Thailand diselesaikan secara baik
Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, menegaskan pihaknya mengambil maklum mengenai isu kelewatan Persatuan Sepaktakraw Thailand dalam mengesahkan penyertaan bagi saingan Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Mei depan.
Piala Asia Sepak Takraw 2025: Saya perlukan Thailand -- Farhan Adam
Kapten sepak takraw negara, Farhan Adam, berasakan skuad negara memerlukan Thailand dalam saingan Piala Asia Sepak Takraw 2025 sebagai penanda aras prestasi semasa skuad negara.
Grand Final VSL 2024: KPT optimis lahirkan ramai pelapis sepak takraw kebangsaan
Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Hanafiah Ayub, berpuas hati dengan Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024 yang dianggap semakin kompetitif dari masa ke samasa.
Tetamu Nadi Arena: VSL pentas Haizam Huzairi buru tempat skuad kebangsaan
Tetamu Nadi Arena hari ini akan Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Hanafiah Ayub dan Perejam Terbaik Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024, Mohamad Haizam Huzairi.
Sukan SEA 2025: ASTAF sahkan lima acara sepak takraw dipertandingkan
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi kategori lelaki dan wanita akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Disember tahun depan.
Sukan SEA 2025: Tiga acara sandaran pingat emas sepak takraw -- Ahmad Jais
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menyambut baik penganjuran lima acara bagi kategori lelaki dan wanita dalam Sukan SEA Thailand 2025.
Grand Final VSL 2024: USAS A tempuh ranjau berliku sebelum bergelar juara
Pasukan Universiti Sultan Azlan Shah A (USAS A), yang serba kekurangan, terpaksa menempuh ranjau berliku sebelum bergelar juara kategori doubles Grand Final Varsity Sepaktakraw League (VSL) di Putrajaya hari ini.
Grand Final VSL 2024: UPNM B tekad tewaskan SNBJ dalam aksi akhir
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) B menundukkan Politeknik B untuk mara ke perlawanan akhir kategori beregu premier buat julung kalinya dalam Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024.
Australian Open: Step by step for Sabalenka in quest for Melbourne hat-trick
Sabalenka focused on AO hat-trick
Bulls coach Donavon praises risk taker LaVine in Clippers triumph
Donavon lauds LaVine display
Man City confirm arrival of teenager Reis from Palmeiras
Reis completes Man City move
George one of five England players set to miss Six Nations opener
George to miss Six Nations opener
Australian Open: Zverev out to realise grand slam 'dream'
Zverev wants to realise dream
Australian Open: Sabalenka scrapes into semi-finals
Sabalenka scrapes into AO semis
The Numbers Game: PSG and Man City clash in dire need of a win
Numbers Game: PSG v Man City
Madueke lauds 'unbelievable' Chalobah on Chelsea return
Maudeke lauds Chalobah display
Konsa not surprised by Villa's position in Champions League standings
Konsa not surprised by Villa
Australian Open: Zverev powers past Paul
Zverev wins in straight sets