Penembak negara, Eddy Chew, mahu melupakan kekecewaan tidak dapat beraksi di pentas Sukan Asia Indonesia dengan memberi tumpuan kepada persediaan awal bagi menghadapi beberapa pertandingan tahun depan.
Sebelum ini, Eddy diberi peluang untuk menyertai skuad menembak negara ke Sukan Asia, namun tersenarai dalam kategori B oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Bagaimanapun, dia mengambil keputusan menarik diri berikutan tidak dapat mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk ke temasya berkenaan, bersama atlet yang mengambil bahagian bagi acara trap, Bernard Yeoh.
Situasi itu menyaksikan tiada lagi pertandingan luar negara buat Eddy tahun in dan dia bertekad untuk membuat persediaan awal, khususnya bagi menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina.
"Untuk tahun 2018, saya rasa sudah tiada lagi pertandingan, cuma mungkin Kejohanan Dunia di Korea Selatan walaupun saya sedar peluang amat tipis.
"Saya juga mempersiapkan diri untuk Sukan SEA serta kejohanan di Itali tahun depan. Ini peluang terbaik untuk saya bersedia lebih awal.
"Tahun ini juga saya banyak melakukan catatan terbaik," katanya.
Ketiadaan Eddy menyaksikan skuad menembak negara perlu melakukan perancangan lain bagi acara 10 meter air pistol campuran yang buat julung kali diperkenalkan dalam Sukan Asia.
Secara keseluruhan, Eddy tetap melihat dirinya mempamerkan peningkatan sepanjang tahun ini berbanding beberapa persembahan kurang konsisten pada 2017.
"Di peringkat kebangsaan, saya tidak pernah mencuba acara itu, jadi saya tidak tahu mengenai skuad negara.
"Setiap negara boleh menghantar satu pasukan dan saya rasa Johnathan Wong dan Joseline Cheah Lee Yean mampu melakukan gandingan yang baik."
Penulis Jemputan
Tue Jul 03 2018
Jaguh angkat berat negara, Che Mohd Azrol meninggal dunia
Pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam 2003 dan 2005 itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.00 malam di Hospital Sultanah Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Sukan SEA Kemboja: Hoki wanita Thailand liat dijinakkan
Penyerang hoki wanita negara, Nuramirah Syakirah Zulkifli, teruja dalam misi merealisasikan emas pertama Sukan SEA selepas enam tahun bergelar pemain kebangsaan.
Sukan SEA Kemboja: Skuad B-22 gagal sesuaikan diri dengan faktor persekitaran
Umpama buat baju tanpa ukur badan sendiri akhirnya memakan diri.
Malaysia tidak setuju penundaan Hanoi 2021
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tampil dengan perspektif mengapa tidak wajar tunda Sukan SEA Hanoi 2021.
Eddy ambil peluang bersedia lebih awal
Penembak negara, Eddy Chew, mahu melupakan kekecewaan tidak dapat beraksi di pentas Sukan Asia Indonesia, dengan memberi tumpuan kepada persediaan awal bagi menghadapi beberapa pertandingan pada tahun depan.
KHM belum putus asa dapatkan slot hoki
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memberi bayangan bahawa tuan rumah Sukan SEA 2019, Filipina, lebih cenderung untuk menyenaraikan hoki dalam dewan yang popular dalam kalangan negara Asia Tenggara yang lain berbanding hoki padang.
Sharmini: Umpama bermimpi di siang hari
Atlet ekuestrian negara, R. Sharmini Christina, menyifatkan penerimaan pingat emas acara show jumping Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 susulan sampel air kencing kuda wakil Filipina dikesan positif doping sebagai sesuatu yang tidak pernah terjangka.
Gold Coast 2018: Kok Chi anggap sasaran sembilan emas realistik
Penolong setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, menegaskan kontinjen negara mampu meraih sembilan pingat emas dalam saingan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 walaupun banyak pihak menunjukkan sikap berdiam diri mengenai perkara itu.
400m jadi tonik baru buat Aravinn
Atlet olahraga negara, G Aravinn Thevarr, mahu meletakkan fokus kepada acara 400 meter bermula tahun ini selepas beraksi cemerlang mengungguli acara itu dalam saingan SUKIPT 2018.
Nurfazira sah pengganti Grace
Kekosongan yang ditinggalkan pemenang pingat emas acara baling tukul besi Sukan SEA 2017, Grace Wong, yang mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad negara akibat masalah keluarga akan digantikan oleh seorang lagi atlet negara, Nurfazira Jalaludin.
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win
'For us, it's on!' - Arteta backs Arsenal in title challenge
Arteta: Title challenge is on
Leverkusen 5-1 Freiburg: Schick scores four as hosts go goal crazy
Report: Leverkusen 5-1 Freiburg
Crystal Palace 1-5 Arsenal: Christmas comes early for Jesus in Selhurst Park rout
Report: Crystal Palace 1-5 Arsenal
Genoa 1-2 Napoli: Anguissa and Rrahmani lift Conte's side to Serie A summit
Report: Genoa 1-2 Napoli
McKenna: Newcastle had 'too much' for Ipswich in thumping defeat
McKenna honest in Ipswich defeat