Penolong Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata kontinjen negara mampu meraih sembilan pingat emas dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018 walaupun banyak pihak menunjukkan sikap berdiam diri mengenai perkara itu.
Kok Chi adalah antara individu paling arif mengenai sasaran pingat buat Malaysia setiap kali berdepan saingan sukan bertemasya.
Beliau pernah meramalkan Malaysia akan jauh mengatasi sasaran 111 pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sehingga sanggup meletakkan jawatan jika gagal dicapai.
Menjelang aksi di Gold Coast, pegawai sukan veteran berusia 80 tahun itu menegaskan Malaysia mampu mencapai sembilan emas walaupun banyak pihak tidak mahu mengeluarkan kenyataan mengenai sasaran buat kem negara.
"Kita harus bersikap realistik dan membuat congakan berdasarkan kemampuan. Sebarang jumlah boleh diperkatakan tetapi ia tidak adil.
"Sebagai contoh, skuad terjun sebelum ini meraih satu pingat emas. Bagi saya, walaupun mereka tampak mampu mengutip dua emas, lebih baik menetapkan satu kerana sekurang-kurangnya pencapaian sebelum ini boleh diulangi.
"Sasaran perlu ada kerana jika tida, kita akan ke Gold Coast tanpa sebarang hala tuju," kata Kok Chi.
Sebelum ini, ketua kontinjen negara, Huang Ying How, serta pengarah Program Podium, Tim Newenham, enggan mendedahkan sasaran pingat kerana bimbang ia akan memberi tekanan tambahan kepada 178 atlet Malaysia di Gold Coast nanti.
Penulis Jemputan
Tue Mar 20 2018
Sharmini: Umpama bermimpi di siang hari
Atlet ekuestrian negara, R. Sharmini Christina, menyifatkan penerimaan pingat emas acara show jumping Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 susulan sampel air kencing kuda wakil Filipina dikesan positif doping sebagai sesuatu yang tidak pernah terjangka.
Gold Coast 2018: Kok Chi anggap sasaran sembilan emas realistik
Penolong setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, menegaskan kontinjen negara mampu meraih sembilan pingat emas dalam saingan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 walaupun banyak pihak menunjukkan sikap berdiam diri mengenai perkara itu.
400m jadi tonik baru buat Aravinn
Atlet olahraga negara, G Aravinn Thevarr, mahu meletakkan fokus kepada acara 400 meter bermula tahun ini selepas beraksi cemerlang mengungguli acara itu dalam saingan SUKIPT 2018.
Nurfazira sah pengganti Grace
Kekosongan yang ditinggalkan pemenang pingat emas acara baling tukul besi Sukan SEA 2017, Grace Wong, yang mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad negara akibat masalah keluarga akan digantikan oleh seorang lagi atlet negara, Nurfazira Jalaludin.
Semangat Adib tetap bersama rakan sepasukan
Walaupun tidak meraih peluang untuk beraksi, kapten skuad negara, Muhammad Adib Zainudin, enggan berkecil hati sebaliknya bersikap positif dengan berharap sesiapa yang diturunkan terus mempamerkan aksi cemerlang untuk berdepan Arab Saudi dalam aksi ketiga peringkat kumpulan Kejohanan AFC B23, esok.
Sze Yuin mula congak cabaran Sukan Komanwel 2018
Ketua jurulatih skuad bola keranjang wanita negara, Yoong Sze Yuin, mahu melupakan kejayaan meraih pingat emas Sukan SEA 2017, sebaliknya memulakan persiapan bagi menghadapi Sukan Komanwel 2018.
Azroy lega negatif keputusan doping
Atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafi Ahmad Izhar, lega apabila melepasi ujian doping sebelum berangkat ke California, Amerika Syarikat menjelang Kejohanan Dunia yang akan bermula pada Selasa.
Separuh akhir bukan sasaran sebenar Terengganu
Gagal ke separuh akhir dalam Kejohanan Hoki Wanita Piala Tun Abdul Razak 2017 bukanlah kegagalan bagi pengendali pasukan Terengganu, Muhammad Harun Al-Rashid Samri, malah ia salah satu pengalaman untuk anak buahnya lebih bersedia ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.
MABA yakin penambahan pasukan beri kesan positif
Bilangan penyertaan pasukan yang meningkat bagi Kejohanan Piala Agong 2017 memberikan petanda positif buat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) untuk mencari pemain yang mampu digilap bagi mewakili pasukan kebangsaan.
Dua gol Hanis julang Johor
Hanis Nadiah Onn menjadi nadi buat skuad Johor untuk memastikan tiga mata diraih selepas menang 2-1 ke atas Melaka dalam perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan Hoki Wanita Piala Razak 2017 di Stadium Hoki Kuala Lumpur, petang tadi.
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win
'For us, it's on!' - Arteta backs Arsenal in title challenge
Arteta: Title challenge is on
Leverkusen 5-1 Freiburg: Schick scores four as hosts go goal crazy
Report: Leverkusen 5-1 Freiburg
Crystal Palace 1-5 Arsenal: Christmas comes early for Jesus in Selhurst Park rout
Report: Crystal Palace 1-5 Arsenal
Genoa 1-2 Napoli: Anguissa and Rrahmani lift Conte's side to Serie A summit
Report: Genoa 1-2 Napoli
McKenna: Newcastle had 'too much' for Ipswich in thumping defeat
McKenna honest in Ipswich defeat