MALAYSIA 3 THAILAND 0

Penyerang hoki wanita negara, Nuramirah Syakirah Zulkifli, teruja dalam misi merealisasikan pingt=at emas pertama Sukan SEA selepas enam tahun bergelar pemain kebangsaan.


Dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan temasya edisi ke-32 di Kemboja hari ini, skuad negara meneruskan rentak kemenangan menerusi keputusan 3-0 ke atas Thailand.

Thailand menjelmakan kesukaran dalam suku masa pertama tetapi kelibat Nur Amirah membantu skuad negara melancarkan asakan selain membuat hantaran penting ke kubu lawan.

"Kami berdepan lawan yang setanding hari ini dan agak bergelut dalam suku pertama apabila terikat 0-0.

"Kami kembali dalam set kedua dengan lebih tenang dan akhirnya dapat menghasilkan gol.

"Kami tidak anggap setiap perlawanan adalah mudah kerana kami ingin mempertahankan pingat emas," katanya.

Malaysia melangkah ke final dengan kemenangan ketiga di Stadium Nasional Morodok Techo itu,.