Tidak kurang dari dua bulan lagi sebelum tirai Liga Malaysia dibuka, Selangor yang sedang menjalani latihan pra-musim di Bangkok, Thailand tampil motivasi baharu.



Ini selepas pemain import terbaru mereka tonjol prestasi memberangsangkan dan skuad itu juga berhasil menjaringkan enam gol dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan division kedua Thailand, Samut Prakan City FC.

Namun kejayaan di pra-musim bukanlah kayu ukuran kekuatan skuad Gergasi Merah.

Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim, sifatkan mereka perlu tingkatkan lagi persefahaman antara mereka lebih-lebih lagi ramai pemain baru yang masih menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia.





"Kita bukan nak tengok jaringan, kita nak tengok kita punya kesefahaman satu team.

"Sebab kita baru digabungkan untuk tahun ini, ramai import baru, jadi kita perlukan lebih masa dan lebihkan kesefahaman lagi," katanya di saluran YouTube SelangorFC+.