Astro kekal komited dalam mencipta kandungan yang lebih inklusif selain meningkatkan kesederaan terhadap media yang mudah diakses untuk individu cacat penglihatan.

Oleh itu, Astro mengambil pendekatan berkolaborasi bersama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) serta 60 selebriti seperti Mierul Aiman, Kimberly Chuah, Safee Sali dan Zaquan Adha juga hadir memeriahkan program.

"Inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin daripada program ini," katanya Datuk George Thomas.





Dalam pada itu, inisiatif ini juga bagi mempromosikan drama pertama yang menghasilkan penerangan audio iaitu 'Dari Mata Turun Ke Hati' yang bakal ditayangkan pada 12 Ogos hingga 5 Sptember ini.

"Sebelum ini saya tidak pernah tahu bagaimana orang buta belajar, tetapi zaman sekarang ini tidak ada yang mustahil. Mereka tetap boleh bekerja. Ini inisiatif yang baik." Tambah Zaquan Adha.