Saingan STL Champions Cup 2024 bakal menyaksikan aksi terunggul lapan pasukan membabitkan pasukan tempatan dan jemputan antarabangsa bakal berentap merebut kejuaraan yang akan bermula dari 13 hingga 17 November ini, di mana gelanggang baru, iaitu Stadium MBSJ, Serdang Jaya bakal menjadi medan pertarungan memburu pengiktirafan itu.
Emas Anuar STL 2024, yang memasuki sedekad penganjurnya musim ini, bakal dimeriahkan dengan kehadiran oleh wakil kelab antarabangsa terdiri daripada empat negara Asia, iaitu Thai Airforce Takraw Club (Thailand), Garuda Sepak takraw (Indonesia), India Fighters (India) dan MGPC Singapore (Singapura), yang akan memberikan saingan sengit buat empat lagi pasukan tempatan serta teratas daripada saingan Divisyen Perdana STL.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata ia merupakan impian jadi kenyataan untuk melihat dan membawa kembali pasukan jemputan antarabangsa untuk menghangatkan kembali gelanggang STL Champions Cup, yang sebelum ini pernah dihadiri oleh pasukan jemputan antarabangsa pada 2019.
"Kami sentiasa melakukan penambahbaikan dalam setiap penganjuran dan aspek pembangunan pemain juga turut dititikberatkan dalam memberi pendedahan lebih kompetitif selain untuk meningkatkan martabat sukan sepaktakraw melalui STL ini dengan lebih berprestij.
"Selama sedekad penganjuran, STL telah membawa sukan ini, bukan hanya di peringkat Asia malah telah menembusi peringkat antarabangsa seperti Amerika Syarikat.
"Musim ini, kami telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa saluran televisyen antarabangsa seperti di Fiji,
Afghanistan dan Mauritius, kami juga masih lagi dalam rundingan untuk berkolaborasi dengan beberapa syarikat penyiaran antarabangsa yang lain," katanya.
Jelasnya, dia optimis melalui Astro sebagai sebuah syarikat rangkaian media terbaik, mereka akan berusaha untuk menaikkan lagi taraf STL dengan harapan dapat menjadikan sepak takraw sebagai sukan bertaraf dunia satu hari nanti.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, berkata saingan STL Champions Cup kali ini pasti sengit dan menarik untuk disaksikan memandangkan beberapa barisan pemain membabitkan pemain kebangsaan dan jagoan dunia seperti Siriwat Sakha, Pichet Pansan (Thailand) dan Yumnam Akash (India).
"Meskipun tumpuan pasti terarah kepada kelab dari negara jiran. Thailand, saya yakin dengan kemampuan pemain dan pasukan sepak takraw tempatan, yang telah menunjukkan peningkatan dan kualiti permainan yang sangat baik, terutama kepada pemain-pemain muda yang berjaya ditonjolkan dalam saingan STL Perdana kali ini.
"Pastinya empat pasukan tempatan ini nanti akan memberi aksi dan saingan terbaik bagi merebut dan seterusnya menjulang STL Champions Cup.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) yang berperanan memartabatkan sukan tradisi ini dengan menyokong pembabitan pasukan antarabangsa pada musim ini," katanya.
GP Johor, yang bakal berlangsung bermula dari 2 November ini di Arena Larkin, Johor, bakal menjadi medan terakhir kepada 12 pasukan yang bersaing dalam STL Perdana untuk merebut empat kedudukan teratas bagi melayakkan diri ke saingan STL Champions Cup.
Rekod pada musim lalu menyaksikan Negeri Sembilan Antlers sebagai juara STL Champions Cup.
Emas Anuar STL 2024 tahun ini merangkumi saingan STL Perdana, STL Divisyen Satu dan STL Champions Cup0. Sebanyak 12 pasukan berentap, masing-masing dalam saingan STL Perdana dan STL Divisyen 1, manakala STL Champions Cup bakal menghimpunkan empat pasukan teratas dari STL Perdana dan empat pasukan jemputan antarabangsa.
Muzaffar Musa
Mon Oct 28 2024
Sepak Takraw Piala Asia: ASTAF yakin isu pendaftaran Thailand diselesaikan secara baik
Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, menegaskan pihaknya mengambil maklum mengenai isu kelewatan Persatuan Sepaktakraw Thailand dalam mengesahkan penyertaan bagi saingan Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Mei depan.
Piala Asia Sepak Takraw 2025: Saya perlukan Thailand -- Farhan Adam
Kapten sepak takraw negara, Farhan Adam, berasakan skuad negara memerlukan Thailand dalam saingan Piala Asia Sepak Takraw 2025 sebagai penanda aras prestasi semasa skuad negara.
Grand Final VSL 2024: KPT optimis lahirkan ramai pelapis sepak takraw kebangsaan
Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Hanafiah Ayub, berpuas hati dengan Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024 yang dianggap semakin kompetitif dari masa ke samasa.
Tetamu Nadi Arena: VSL pentas Haizam Huzairi buru tempat skuad kebangsaan
Tetamu Nadi Arena hari ini akan Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Hanafiah Ayub dan Perejam Terbaik Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024, Mohamad Haizam Huzairi.
Sukan SEA 2025: ASTAF sahkan lima acara sepak takraw dipertandingkan
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi kategori lelaki dan wanita akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Disember tahun depan.
Sukan SEA 2025: Tiga acara sandaran pingat emas sepak takraw -- Ahmad Jais
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, menyambut baik penganjuran lima acara bagi kategori lelaki dan wanita dalam Sukan SEA Thailand 2025.
Grand Final VSL 2024: USAS A tempuh ranjau berliku sebelum bergelar juara
Pasukan Universiti Sultan Azlan Shah A (USAS A), yang serba kekurangan, terpaksa menempuh ranjau berliku sebelum bergelar juara kategori doubles Grand Final Varsity Sepaktakraw League (VSL) di Putrajaya hari ini.
Grand Final VSL 2024: UPNM B tekad tewaskan SNBJ dalam aksi akhir
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) B menundukkan Politeknik B untuk mara ke perlawanan akhir kategori beregu premier buat julung kalinya dalam Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024.
Grand Final VSL 2024: SSBJ tempah slot separuh akhir, singkir UTHM acara beregu
Acara beregu premier saingan Kumpulan B Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024 menyaksikan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas berjaya menang dalam aksi straight set mengatasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) A.
Grand Final VSL 2024: UPM 'mandi peluh' sebelum tumbangkan Politeknik di Putrajaya
Saingan hari kedua Kejohanan Grand Finale Varsiti Sepaktakraw League (VSL) 2024 menyaksikan tumpuan terarah kepada kategori regu premier di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) B menentang Politeknik B di Dewan Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya, hari ini.
Spanish FA and LaLiga reject Barcelona's request to register Olmo and Victor
Olmo and Victor not registered
Tottenham 1-2 Newcastle United: In-form Isak continues Champions League charge
Report: Spurs 1-2 Newcastle
Arteta: 'We should have two Premier League titles'
Arteta on Arsenal's title hopes
Opelka sets up Lehecka showdown at Brisbane International
Opelka sets up Lehecka showdown
Sabalenka through to Brisbane International final after straight sets win
Sabalenka in straight sets semi win
Gauff and Swiatek to meet in United Cup final
Poland to face USA in final
A big January blow for Zii Jia?
Lee Zii Jia has been dealt a blow after being not just ruled out of the upcoming Malaysia Open next week, but he may be forced to sit on the sidelines beyond that.
Australia coach McDonald claims India 'intimidated' Konstas
MacDonald criticises India tactics
Knicks have 'got to be better' after Thunder defeat - Hart
Knicks have 'got to be better'
Jokic: Wembanyama is a special player and will be remembered forever
Jokic: Wemby is a special player