Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan 'Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa' pada Majlis Penganugerahan The Knights Award Musim Ketiga baru-baru ini.
Pengarah Kawal Selia dan Hal Ehwal Korporat Astro, Rita Irina Abd Wahab menjelaskan, kejayaan itu bukan sekadar anugerah, tetapi cerminan terhadap perjalanan transformasi Astro yang berterusan selama bertahun-tahun, tidak gentar melakukan keputusan yang berani serta pemahaman mendalam terhadap kehendak audiens.
Katanya, ia juga merupakan usaha gigih pasukan inovasi, pencipta kandungan, dan sering memandang ke hadapan serta bekerja dengan satu tujuan, untuk memastikan Astro berada di barisan hadapan media.
“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan ini, tetapi kami tahu bahawa ukuran kejayaan sebenar adalah apa yang akan datang.
“Kami terus berusaha untuk membuka potensi platform kami dan Team Astro, dan anugerah ini memberi inspirasi kepada kami untuk berusaha lebih keras, untuk lebih berani dalam visi kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin
Untuk rekod, The Knights Award, yang menghimpunkan penyertaan lebih dari 30 buah negara, meraikan pencapaian global telah menetapkan penanda aras baharu dalam industri berkaitan.
Kemampuan Astro untuk menggabungkan audiens tempatan dan global, sama ada melalui kandungan, perkongsian, atau inovasi telah menjadi pemangkin untuk syarikat ini bertahan dan terus mekar dalam landskap media yang berubah dengan pesat.
Tahun 2024 juga menyaksikan kejayaan Astro memikat 15.4 juta penonton di seluruh negara, penyiaran antara sukan terbesar di dunia seperti UEFA Euro 2024, Copa America 2024 dan Sukan Olimpik Paris.
Katanya, pencapaian tersebut hanya mewakili sebahagian kecil daripada misi Astro yang lebih luas, iaitu untuk membawa kandungan terbaik dunia ke rumah Malaysia, sambil mengangkat identiti budaya dan hiburan Malaysia di persada antarabangsa. - Awani
Stadium Astro
Mon Oct 21 2024
Keuntungan Astro naik 13% suku ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad (AMHB) mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).
AstroBiz perkasa pengalaman tontonan sukan melalui BizOne Watch Party di sBRJ
AstroBiz terus memperkukuh pengalaman tontonan sukan rakyat Malaysia melalui inisiatif BizOne Watch Party, sebuah acara interaktif yang kini menjadi tumpuan utama di restoran dan kafe terpilih.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menjadikan Astro sebagai pilihan utama hiburan mereka.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Syarikat penyiaran terkemuka Malaysia, Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah menerima ganti rugi berkanun pertamanya bagi satu kes pelanggaran hak cipta membabitkan sebuah pub tempatan, sekali gus menetapkan tanda aras baharu dalam hal ehwal penguatkuasaan harta intele
ERA kekal nombor satu!
ERA sekali lagi mengekalkan takhta sebagai stesen radio nombor satu Malaysia.
Astro, Premier League perangi cetak rompak dengan kempen 'Boot Out Piracy'
Usaha Astro Malaysia Holdings (Astro) untuk membanteras jenayah penstriman haram di Malaysia, terus diperkukuh dengan kerjasama strategik bersama Premier League sempena bermulanya musim Liga Perdana Inggeris 2024/25.
Emas Anuar STL Champions Cup: Empat pasukan Asia sahkan penyertaan
Saingan STL Champions Cup 2024 bakal menyaksikan aksi terunggul lapan pasukan membabitkan pasukan tempatan dan jemputan antarabangsa bakal berentap merebut kejuaraan yang akan bermula dari 13 hingga 17 November ini, di mana gelanggang baru, iaitu Stadium MBSJ, Serdang Jaya bakal menjadi medan pertarungan memburu pengiktirafan itu.
MLBB Creator Awards: Selangor Red Giants dinobat pasukan terbaik, Astro terima penghargaan
Menjelang saingan playoff MLPMY S14, Selangor Red Giants menerima suntikan semangat apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pasukan Terbaik dalam MLBB Creator Awards di Petaling Jaya hari ini.
The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan 'Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa' pada Majlis Penganugerahan The Knights Award Musim Ketiga baru-baru ini.
Astro Kem Badminton: Peserta manfaat peluang timba pelbagai ilmu
Banyak manfaat yang mampu dikutip oleh semua peserta Astro Kem Badminton 2024 yang diadakan bagi mengasah bakat sedari awal usia.
Spanish FA and LaLiga reject Barcelona's request to register Olmo and Victor
Olmo and Victor not registered
Tottenham 1-2 Newcastle United: In-form Isak continues Champions League charge
Report: Spurs 1-2 Newcastle
Arteta: 'We should have two Premier League titles'
Arteta on Arsenal's title hopes
Opelka sets up Lehecka showdown at Brisbane International
Opelka sets up Lehecka showdown
Sabalenka through to Brisbane International final after straight sets win
Sabalenka in straight sets semi win
Gauff and Swiatek to meet in United Cup final
Poland to face USA in final
A big January blow for Zii Jia?
Lee Zii Jia has been dealt a blow after being not just ruled out of the upcoming Malaysia Open next week, but he may be forced to sit on the sidelines beyond that.
Australia coach McDonald claims India 'intimidated' Konstas
MacDonald criticises India tactics
Knicks have 'got to be better' after Thunder defeat - Hart
Knicks have 'got to be better'
Jokic: Wembanyama is a special player and will be remembered forever
Jokic: Wemby is a special player