Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat, menagih sokongan padu penyokong Harimau Selatan untuk melonjakkan semangat pemain berdepan cabaran Ulsan HD yang disifatkan sebagai perlawanan penting buat pasukan tuan rumah kembali bangkit di pentas Liga Juara-Juara Elit (ACLE).

JDT tewas 1-3 di tangan Gwangju di Korea Selatan pada Oktober lalu yang juga merupakan kekalahan pertama wakil sulung negara dalam kempen berprestij kali ini.





"Ya, ia sangat penting. Kerana kami sentiasa berasakan mereka sentiasa dibelakang kami kemudian mendengar mereka sentiasa menyokong kami ia seperti mereka melindungi kami. Ia sangat penting untuk memenuhi stadium dalam kejohana seperti ini.

"Kami harap dapat keputusan yang baik buat mereka." katanya.

Dala pada itu, penyerang Ulsan HD, Kim Min-jun mengakui kejayaan merangkul trofi kejuaraan Liga Utama Korea memberikan motivasi tambahan kepada semua pemain bagi memburu kemenangan pertama dalam kejohanan ACLE setelah tewas di tangan tiga kelab Jepun sebelum ini.





"Sentiasa mencabar berdepan JDT, kamu mahukan kemenangan pertama dalam kejohanan ini." tambahnya.