'Tiada apa yang boleh dilakukan', susulan kecederaan tulang belakang yang dialami perseorangan negara, Ng Tze Yong yang memaksanya untuk berehat, bekas beregu lelaki negara, Tan Boon Heong tampil memberikan pendapat.

Dia berasakan prestasi yang ditampilkan Tze Yong sebelum kecederaan sudah pun berada pada tahap tidak memuaskan, maka ketiadaannya dalam Kejohanan Seluruh England tidak memberikan apa-apa kesan.


Sementara itu, bekas pemain negara, Tan Boon Heong juga sempat memberikan padangan terhadap latihan yang perlu dilakukan juara Sukan Komanwel 2022 itu bagi meningkatkan tahap kualiti permainannya.