Sebaik Cheah Liek Hou menamatkan perjuangan Suryo Nugroho menerusi kemenangan straight set, 21-13, 21-15 untuk menggondol pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024, reaksi jurulatihnya, Nova Armada, turut mencuri tumpuan.

Nova seakan-akan memberi isyarat diam kepada penyokong Indonesia sejurus juara bertahan badminton (SU5) itu ditabalkan juara.

Memiliki kisah persahabatan bersama Liek Hou sejak berusia belasan tahun , Nova mahu anak didiknya itu dilayan dengan hormat dan bukannya dicaci dan dihina kerana ia tidak seiring dengan semangat kesukanan.

"Saya tunjukkan isyarat kepada penyokong sebagai tanda meraikan kemenangan saya.

"Saya tidak kisah, kami memahami (atas semangat kesukanan), lagipun saya tidak mengeluarkan sebarang perkataan jelek," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, di Nadi Arena sebentar tadi.






Sementara itu, isteri Liek Hou, Dewi Febriana, mahu menghidangkan menu istimewa kepada sang juara.

"Saya mahu hidangkan dia makanan kegemarannya iaitu makan, daging, ayam dan ikan. Dia tidak banyak makan nasi.

"Dia masih lagi kuat dan stabil, saya harap dia dapat bertanding lagi dalam LA 2028.

"Semoga dia terus berlatih dengan gigih dan diberikan kelancaran agar dapat berlatih lagi dalam edisi di LA," katanya.