Kem badminton para negara meninggalkan kesan mendalam di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas menepati ramalan mengekalkan penguasaan saingan perseorangan kategori SU5, malah kemunculan muka baru seperti Fareez Anuar menjanjikan harapan baru di Los Angeles 2028.

Ketua jurulatih, Nova Armada, mempunyai perancangan menyeluruh dan tersusun menuju edisi seterusnya susulan prestasi yang ditampilkan oleh Fareez ketika aksi sulungnya mencuri tumpuan pasukan kebangsaan.



Bayangan prospek pingat buat kem badminton negara di Los Angeles 2028 sudah dijangkakan apabila jurang usia Fareez masih jauh daripada Sang Juara, Cheah Liek Hou, yang kini sudah berumur 36 tahun.

Secara realitinya, adakah tekanan tersebut perlu disambut baik meskipun masih awal ataupun sebaliknya?

"Dia (Fareez) memerlukan banyak lagi pendedahan dalam beberapa siri kejohanan selepas ini dan harus muncul juara.

"Jika kita mensasarkan kilauan pingat, ada beberapa nama yang boleh memberi kejutan.

"Saya ada Cheah Liek Hao dan Farees Anuar jadi saya tak takut menjelang empat tahun lagi," katanya.