Skuad wanita negara ketinggalan 0-2 kepada Indonesia dalam suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) apabila beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tewas kepada Lanny Tria Mayasari-Ribka Sugiarto di Shah Alam sebentar tadi.

Selepas K. Letshanaa tewas kepada Putri Kusuma Wardani, harapan menggunung diletakkan kepada Pearly dan Thinaah untuk kembali mengikat kedudukan buat negara.

Bagaimanapun, jangkaan itu tidak dapat ditepati mereka apabila tewas mudah 14-21 dalam set pertama.

Sedikit harapan dihidupkan beregu nombor 14 dunia itu apabila memenangi set kedua 21-18 tetapi mereka kembali tewas 15-21 dalam set penentuan selepas bertarung selama hampir sejam.