Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.

Ini selepas beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bangkit daripada kekalahan dalam set pertama sebelum mencatatkan kemenangan ke atas gandingan tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang, sebentar tadi.

Beregu tuan rumah berkenaan menguasai hampir keseluruhan set pertama dan sentiasa mendahului sebelum menang 21-15.

Bagaimanapun, Aaron dan Wooi Yik mula mencorakkan permainan sebenar mereka, di mana selepas menyamakan kedudukan 3-3, mereka tidak pernah ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 21-12 dalam set kedua.

Mereka kemudian jauh mendahulu 10-5 pada awal set penentuan tetapi membenarkan lawan memperoleh enam mata berturut-turut, sekali gus meningkatkan tekanan.

Aksi mendebarkan itu akhirnya berakhir memihak gandingan negara dengan kemenangan 21-17