Pemain perseorangan negara, Justin Hoh, kembali mencetak nama sebagai juara selepas berehat panjang akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini.

Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 20 tahun itu berjaya menundukkan lawan dari Indonesia, Prahdiska Shujiwo, sebelum merangkul kejuaraan tersebut.

Perlawanan yang berlangsung selama 64 minit itu memaksa Justin untuk bermain secara tiga set sebelum menoktahkan kemenangan selepas bangkit 19-21 21-11 21-15.