Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai, semakin bertenaga apabila mengekalkan momentum selepas menjuarai Masters Malaysia di Stadium Axiata Arena, ahad lalu.

Soon Huat-Shevon bermula garang di terbuka Singapura susulan berjaya memenangi perlawanan pertama menentang wakil dari India, Reddy B. Sumeeth-Reddy Sikki 18-21 19-21.

Mereka berdua akan meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya susulan mempamerkan prestasi cemerlang biarpun berjumpa dengan lawan ranking yang lebih tinggi.