Hasrat beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, untuk melangkah ke suku akhir kejohanan Badminton Terbuka Singapura BWF tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada gandingan pilihan kelima dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmusan, sebentar tadi.

Wakil negara itu tewas mudah 10-21 dalam set pertama tetapi mereka kemudian bangkit untuk memenangi set kedua 22-20 biarpun pada satu ketika ketinggalan 9-14.

Momentum sama tampak dapat dikekalkan wakil negara itu, di mana mereka tidak membenarkan lawan jauh mendahului tetapi selepas mengikat kedudukan 18-18, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 19-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan dua minit.