Enggan mendabik dada, Datuk Lee Chong Wei akan memulakan perburuan gelaran juara Terbuka Malaysia ke-12 dengan memberi fokus kepada setiap perlawanan yang dihadapi.
"Tidak ada tekanan untuk menjadi juara kerana saya telah memenangi kejohanan ini 11 kali," katanya.
Baginya, bertemu Lin Dan, Chen Long atau sesiapa sahaja perlu ditangani secara serius dalam setiap perlawanan.
"Saya akan cuba memberi yang terbaik dalam setiap perlawanan. Menang atau kalah, saya sebenarnya perlu lebih fokus kepada permainan diri sendiri, bukan kepada lawan," katanya.
Juara Seluruh England 2017 itu mengakui bukan senang hendak menang setiap tahun mahupun setiap perlawanan.
"Saya perlu fokus kepada permainan diri sendiri. Mental perlu kuat.
"Dalam kejohanan ini, banyak orang 'geram' dengan saya dan pastinya mahu menewaskan saya di depan penyokong saya sendiri," katanya.
Apa pun di sebalik tekanan yang dialami lawan, Chong Wei akan menggunakan pengalaman 11 kalinya sebagai juara Terbuka Malaysia untuk mengekalkan kejuaraan.
"Biarlah mereka dengan tekanan mereka, saya akan fokus kepada usaha untuk muncul juara untuk kali ke-12.
"Ketika ini pun, saya tidak fikir ada orang boleh pecah rekod saya dengan kejuaraan 11 kali itu," tambahnya.
Di Stadium Perpaduan Sarawak yang menjadi venue kali ini, Chong Wei pernah mencipta episod mendebarkan sebelum mengalahkan Lin Dan dalam aksi akhir pada 2006.
"Itu cerita lama. Cerita 11 tahun lalu dan saya sudah lupakannya.
"Keadaan sekarang berbeza dan tahun ini, motivasi saya masih tinggi setelah merangkul kejuaraan keempat All England," katanya yang menarik diri daripada Terbuka India kerana cedera.
Bagaimanapun katanya, kecederaannya itu semakin pulih dan diharapkan tidak terlalu serius.
Aksi pemanas badan Chong Wei dijangkakan pada Rabu ini, iaitu hari kedua kejohanan.
Rudi Affendi Khalik
Mon Apr 03 2017
Mengapakah Atlet Berprestasi Terdedah Kepada Risiko Kanser?
Sukan dan kesihatan adalah dua perkara yang saling berkait dalam membentuk kehidupan sejahtera dan harmoni.
Zii Jia perlukan satu gelaran pulih keyakinan -- Chong Wei
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, menyeru perseorangan negara, Lee Zii Jia, mampu mejuarai kejohanan secepat mungkin.
Sudah lama berlalu -- Chong Wei enggan dedah nama perasuah
Datuk Lee Chong Wei mengakui mengenali individu yang cuba menyogok lawannya, Taufik Hidayat, di peringkat separuh akhir Sukan Asia Doha 2006.
Di dunia ada seorang Chong Wei sahaja -- Boon Heong
Bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong, sememangnya tidak berselindung tentang sejarah hitam ketika bergelar pemain di Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Bersara: Lin Dan dihormati rakan, lawan
Tanggal 4 Julai adalah detik sedih dalam diari badminton dunia.
BAM sentiasa alu-alukan bantuan Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei adalah ahli keluarga Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hingga ke akhir hayatnya.
Chong Wei: Atlet jangan putus asa
Tiada siapa yang lebih gusar dengan nasib Olimpian negara kalau bukan chef-de mission (CDM) kontinjen negara, Datuk Lee Chong Wei berhubungan penundaan Sukan Olimpik Tokyo berikutan ancaman wabak koronavirus baru (Covid-19).
Terbuka Malaysia: Wakil negara tepati ramalan
Tiga wakil negara menepati ramalan apabila meneruskan kemaraan ke suku akhir saingan Terbuka Malaysia dalam aksi yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil, sebentar tadi.
Piala Thomas: Malaysia akur kekuatan Denmark
Malaysia begitu hampir untuk mencatatkan kemenangan menakjubkan ke atas juara bertahan, Denmark, sebelum tewas 3-2 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Thomas 2018, semalam.
Zee Jia sedia galas tanggungjawab besar
Skuad Piala Thomas negara sudah bersedia untuk turun tanpa kelibat Datuk Lee Chong Wei dalam misi memburu satu lagi kemenangan 5-0 apabila bertemu Algeria pada hari ini, sebelum berdepan cabaran sebenar menentang Denmark, esok.
Gobert voted Defensive Player of the Year for 4th time
Gobert wins 4th career DPOY award
Terzic: Dortmund have made up for last season's Bundesliga failure
UCL run makes up for league failure
'I don't see why we shouldn't win' - BVB hero Hummels bullish ahead of Champions League final
Hummels bullish ahead of CL final
Veteran campaigner Hummels the hero as fine margins cost PSG
Data Debrief: PSG 0-1 BVB
'We weren't efficient' - Marquinhos bemoans PSG profligacy after Champions League exit
Marquinhos rued Paris Saint-Germain's Champions League exit, but focused on the positives of their run to the semi-finals.
Paris Saint-Germain 0-1 Borussia Dortmund (0-2 agg): Hummels header sends BVB into Champions League final
Report: PSG 0-1 BVB (0-2 agg)
Tuchel wants Bayern to discover their 'inner child' against Real Madrid
Tuchel not afraid of Real Madrid
Everton shareholders demand a decision on takeover
Everton fans want takeover decision
IPL: Royals downed by big-hitting Capitals
Royals lose again in IPL
Liam Rosenior departs Hull City after 18 months in charge
Liam Rosenior departs Hull City