Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, menyeru perseorangan negara, Lee Zii Jia, mampu mejuarai kejohanan secepat mungkin.
Bekas jagoan Super Series itu menyatakan ia akan menjadi penawar terbaik bagi mengembalikan keyakinan Zii Jia di atas gelanggang.
"Saya harap dia cepat pulih mengembalikan keyakinan.
"Kalau zaman saya juga, (usaha) nak angkat balik keyakinan itu bukan senang.
"Contohnya Kento Momota, dia pernah menjadi pemain nombor satu dunia, memenangi Kejohanan Dunia dan beberapa kejohanan berturut-turut.
"Selepas kekalahan dalam Sukan Olimpik, walaupun berlatih dengan gigih untuk menghadapi Kejohanan Dunia, tapi susah nak bangkit sebab dia sudah kehilangan keyakinannya.
"Masa saya kena kes doping dan selepas digantung 8-9 bulan, ranking saya jatuh ke kedudukan 100 lebih.
"Dalam penampilan semula saya iaitu Piala Sudirman, saya paksa diri sendiri agar tidak kalah satu perlawanan pun, itu (jalan) saya dapatkan keyakinan," kata pemilik tiga pingat perak Sukan Olimpik berkenaan.
Di samping itu, Chong Wei turut meluahkan bahawa pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, mempunyai peluang cerah untuk meraih slot ke temasya Olimpik di Paris, tahun depan.
Namun, Tze Yong perlu meningkatkan tahap fizikal serta mentalnya sebelum bermulanya proses kelayakannya yang bermula Mei depan.
"Peluangnya memang tinggi. Tapi yang penting kemahuannya.
"Tahun ini dia perlu paksa diri sendiri untuk capai maksimum. Bukan untuk latihan sahaja bahkan daripada segi mental, fizikal dan persiapan.
"Saya boleh cakap memang penat.
"Pemain lain boleh memilih kejohanan tapi Tze Yong perlu menyertai banyak kejohanan disebabkan rankingnya.
"Mungkin dia perlu menyertai empat kejohanan sebulan," katanya lagi.
Shaiful Shamsudin
Sat Feb 18 2023


Terbuka Switzerland BWF: Zii Jia lolos ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.

Terbuka Switzerland BWF: Pearly-Thinaah sekali lagi lalui waktu sukar
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, mengalami satu lagi episod duka selepas tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland pada awal pagi Rabu.

Terbuka Switzerland BWF: Lee Zii Jia ketepikan juara Seluruh England
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, mencipta kejutan awal apabila menumbangkan juara Seluruh England, Li Shi Feng, dalam pusingan pertama Terbuka Switzerland BWF di Basel, awal pagi tadi.

Badminton: Pemain negara perlu bijak uruskan tekanan -- Razif Sidek
Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, menyifatkan kegagalan wakil negara untuk layak ke final Kejohanan Seluruh England minggu lalu merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian.

Sukan SEA Kemboja: Nurshuhaini mahu 'pergi jauh'
Pemain perseorangan wanita badminton negara, Siti Nurshuhaini Azman, meletakkan sasaran untuk mara ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei depan.

Terbuka Switzerland BWF: Aaron Chia-Soh Wooi Yik lepasi rintangan pertama
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melolosi hari pertama Terbuka Switzerland BWF di samping kebanyakan pemain Malaysia yang bertanding.

Dr. Tim Jones sedia pendekatan 'luar kotak' bantu beregu utama negara
Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr. Tim Jones, akan menyediakan satu pendekatan di luar kotak buat beregu utama negara.

Seluruh England BWF: Lee Zii Jia atasi Kodai Naraoka dalam pertarungan tiga set
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, meneruskan kisah kebangkitan apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Seluruh England BWF 2023, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Persiapan kem Badminton di landasan tepat
Timbalan ketua kontinjen malaysia (CDM), Sharon Wee, menyifatkan semangat dan mentaliti barisan atlet dilihat sebagai positif.

Seluruh England BWF: Ng Tze Yong musnah harapan Axelsen kekal mahkota kejuaraan
Ng Tze Yong mencipta sensasi di Utilita Arena Birmingham dengan membenam juara Kejohanan Badminton Seluruh England BWF, Viktor Axelsen, sebentar tadi.

France 4-0 Netherlands: Mbappe leads to way to ruin Koeman's comeback
Kylian Mbappe and Antoine Griezmann put their captaincy battle behind them to help France to a comfortable win over the Netherlands.

Sweden 0-3 Belgium: Lukaku hat-trick gets Tedesco tenure off to flying start
In their first game since December's World Cup exit, Belgium were comfortable 3-0 winners over Sweden in Friday's Euro 2024 qualifier.

Doncic fined $35,000 for money gesture directed at officials
A frustrating game for the Mavericks saw them lose to the Warriors after what they deemed to be an incorrect referee call.

Yaya Toure confident of managerial opportunities despite Vieira sacking
The recent dismissal of Patrick Vieira by Crystal Palace means there are no black managers in the Premier League.

Morata's pride at Spain captaincy as De la Fuente seeks strong start
New captain Alvaro Morata hopes to repay incoming Spain coach Luis de la Fuente as his reign starts against Norway.

Casemiro the latest Brazil star to endorse Ancelotti for Selecao job
Carlo Ancelotti has been linked with the vacant Brazil job, and although Casemiro approves, he also wants Real Madrid to be respected.

Nagelsmann sacked: Bayern CEO Kahn cites 'less successful and less attractive' football as reason for change
Julian Nagelsmann has been sacked as Bayern Munich head coach after losing top spot in the Bundesliga to Borussia Dortmund.

Everton referred to independent commission over alleged FFP breach
Everton are alleged to have broken financial fair play regulations and face a wait to discover if they will be docked points.

March Madness: 'It was like a Rocky fight' says Kansas State star Nowell after breaking assist record
A big performance from Markquis Nowell helped guide the Kansas State Wildcats to the Elite 8 stage of the NCAA Tournament.

Tuchel's Bayern in-tray: Make Neuer decision, get Mane firing and find space for Muller
As Thomas Tuchel returns to the Bundesliga with Bayern Munich, Stats Perform looks at five pressing tasks awaiting the former Chelsea boss.