Sukan dan kesihatan adalah dua perkara yang saling berkait dalam membentuk kehidupan sejahtera dan harmoni.

Namun, terdapat pelbagai spekulasi mengapakah ramai atlet atau pemain lebih terdedah kepada penyakit kronik di awal usia berbanding rakyat marhaen di luar sana.

Sebagai contoh , dalam sukan bola sepak, berita menggemparkan tentang Brendan Gan yang menderita kanser prostat yang kembali bermain bola sepak setelah bergelut dengan pembunuh senyap itu turut membibitkan perbualan antara netizen.

Dalam sukan badminton, terdapat ramai figura yang terkesan dengan penyakit barah ini. Antaranya ialah Datuk Lee Chong Wei yang didiagnosa dengan kanser hidung.

Terbaharu, cerita yang sangat memberi inspirasi adalah kejayaan perseorangan Chinese Taipei, Chou Tien Chen apabila berjaya merangkul kejuaraan Thailand Masters setelah menumpaskan perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew 21-16, 6-21, 21-16 meskipun bergelut dengan kanser kolorektal.

Dengan apa yang berlaku kepada mereka, timbul di benak pemikiran mengapakah pemain yang dilihat lebih cergas dan menjalani gaya hidup sihat turut terpalit dengan penyakit kronik berbanding masyarakat biasa.\

Benar, elemen takdir dan ketentuan merupakan salah satu daripadanya, namun dari sudut sains sukan ianya masih menjadi tanda tanya untuk mengelakkan pemain untuk tidak terdedah kepada kebarangkalian berdepan penyakit merbahaya.