Hasrat beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, untuk merebut lapan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 tergugat.

Perjalanan mereka dalam Terbuka Jerman berakhir di peringkat separuh akhir, sebentar tadi, cuma apa yang mengecewakan ialah prestasi mereka dalam set pertama.

Awal permainan kejuaraan bertaraf super 300 itu hanya berusia 10 minit sahaja selepas pilihan utama tersebut tewas kepada He Ji Tng-Ren Xiang Yu 5-21, 15-21.

Beregu profesional negara itu berhasil memberi tentangan lebih sengit dalam set seterusnya bagi kembali menghidupkan impian ke final.

Namun, pencabar dari China itu masih mampu mengekalkan jurang kecil dalam baki set kedua biarpun kedudukan sempat terikat 14-14 sebelum memuktamadkan kemaraan ke final esok.