Pearly Tan-M. Thinaah dibayangi prestasi semalam apabila terlepas tiket final Kejohanan Badminton Terbuka India selepas kecundang kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan secara straight set sebentar tadi.

Beregu wanita negara itu cemerlang melepasi suku akhir di Kompleks Sukan Indira Gandhi, semalam tetapi kali ini Hye Jeong-Hee Yong ternyata mempunyai perancangan yang lebih baik daripada mereka.

Kesilapan pada awal set antara elemen yang menyukarkan Pearly-Thinaah dalam pertemuan pada hari ini sebelum tumbang buat kali kedua kepada seteru sama dengan keputusan 18-21, 18-21.