Beregu utama lelaki kebangsaan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menjamin tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi, awal pagi tadi.

Mereka terpaksa mengorbankan rakan senegara, Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King, dalam pusingan kedua dengan keputusan 25-23, 21-19.

Mereka akan berdepan wakil Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen, dalam aksi suku akhir hari ini.