Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tersingkir di pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 selepas dikejutkan lawan dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, di New Delhi, sebentar tadi.

Wakil negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu tewas dalam aksi straight set, 17-21,15-21, kepada lawan yang merupakan bukan pilihan itu sekali gus menutup harapan mereka untuk mara ke pentas akhir dalam aksi yang berdurasi 42 minit perlawanan itu.

Aksi set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua beregu saling berkejaran mata, namun selepas terikat 15-15 menjadi detik wakil negara bergelut untuk terus mampamerkan aksi terbaik mereka apabila tewas 17-21.






Tang Jie- Ee Wei cuba bangkit dalam perlawanan set kedua, tetapi lawan yang kerap mengasak wakil negara dengan pukulan 'smash' itu kerap mamatikan langkah Tang Jie-Ee Wei untuk melakukan kesilapan dan tewas 15-21.

Untuk rekod, tiga wakil negara terkandas di pentas separuh akhir hari ini iaitu beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah.