Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berjaya menundukkan Kenta Nishimoto dari Jepun dengan mata 2-1 dalam aksi Terbuka Australia BWF di Sydney sebentar tadi.

Pada mulanya, Nishimoto mengetuai di set pertama dan meninggalkan Zii Jia di belakang dengan mata 21-16. Namun, Zii Jia tidak mahu mengalah dan segera mendapat rentak permainan, mematahkan impian pemain dari Jepun itu dengan mata 21-12 pada set kedua.

Pada set ketiga, Zii Jia semakin menguasai permainan, meninggalkan Nishimoto jauh di belakang dengan mata 21-12 sekali lagi.

Pemain kelapan dunia itu akan bertemu pesaing dari Chinese Taipei, Lee Chia Hao di peringkat separuh akhir, esok.