Gara-gara resah memikirkan kerjaya selepas menggantung raket selain terpengaruh dengan pujukan rakan, Lai Pei Jing terjebak sindiket penipuan perniagaan atas talian dan pemain beregu campuran profesional itu akhirnya membuka mulut mengenai kisahnya.

Awal bulan ini, tular di media sosial bahawa dia kehilangan hampir kesemua wang simpanannya dan gandingan kepada Tan Kian Meng itu memohon untuk diberi ruang untuk tempoh bertenang.

Menurutnya dalam satu kenyataan, walaupun tidak mudah terpengaruh, tetapi selepas berulang kali diperkenalkan rakannya mengenai satu perisian dikenali sebagai DOBEVIL, pemain wanita itu mengakui dia telah tersilap langkah malah terlambat menyedarinya.

Jelasnya, dia menguruskan kedai berbentuk e-dagang itu dengan menerima pesanan, membeli barang, pengeluaran pembuat dan pengesahan pengguna.

Sindiket itu kemudian membuat tempahan palsu melalui anggota mereka sendiri dan akibatnyya, dia telah bertindak memasukkan wang sedikit secara berperingkat selain diancam akaun dibekukan atas kegagalan mengambil pesanan dalam tempoh yang ditetapkan.

Namun, rakannya itu tetap meyakinkannya dan dia terus terperangkap sampaikan dia terpaksa meminta pandangan daripadanya kakak dan menyedari ditipu apabila jumlah pesanan terlalu besar untuk diproses oleh peruncit.