Perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei berdepan tugasan mencabar untuk debut Sukan Olimpik di Paris Julai ini apabila akan terbang ke Paris tanpa jurulatihnya, Nova Armada.

Perkara itu disahkan Jin Wei 31 hari sebelum temasya berprestij itu berlangsung sekali gus menghadirkan kerisauan terhadap peluangnya untuk mencipta kemanisan di bumi Perancis.


Perjalanan Jin Wei ke Olimpik tidak datang dengan mudah.

Dia pernah bersara seketika iaitu selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum membuat kemunculan semula sebagai pemain profesional.

Terdahulu, Jin Wei menerima sokongan moral daripada Chef De Mission Sukan Plimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin, ketika sesi latihan di ibu negara.

Mengulas mengenai situasi Jin Wei, Hamidin mengesahkan Pengarah Kejurulatihan Akademi BAM, Rexy Mainaky akan memantau perkembangan pemain itu di Paris nanti.