Setelah menjuarai Badminton Terbuka Australia 2024 di Sydney pada Ahad dengan mengejutkan pemain nombor enam dunia Kodai Naraoka 21-19, 11-21, 21-18 dari Jepun, ini pasti menyemarakkan semangat Lee Zii Jia bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris bulan depan.

Untuk rekod ini merupakan kejuaraan ke-6 Zii Jia yang juga komited sebagai pemain lapan terbaik dunia dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF.

Sebelum ini perseorangan sensasi negara ini telah menjuarai Terbuka Chinese Taipei 2018, Terbuka Seluruh England 2021, Terbuka Thailand 2022 dan Terbuka Artic 2023 dan Terbuka Thailand 2024.

Dengan kejayaan ini, melayakkan beliau memungut 9200 mata ranking dunia sekaligus naik ke ranking ketujuh dunia.

Satu memori indah dicipta olehnya apabila turun ke gelanggang dunia dalam tempoh lima minggu ini, empat kejohanan disertainya dengan tiga kali peluang lolos di peringkat akhir dimuktamadkan dengan dua kejuaran dan satu pencapaian naib juara.

?Terbuka Thailand 2024
?Malaysia Masters 2024
? Terbuka Australia 2024

Dengan kejayaan ini tidak disangkal lagi bahawa Zii Jia adalah harapan besar negara bagi memeriahkan sukan badminton ini.

Noktah LEE ZII JIA perseorangan nombor satu negara kini!

Menurut sumber, selepas ini Zii Jia bakal berehat dan bermain di Sukan Olimpik terus.

Semoga momentum dan kejayaan ini akan terus berterusan nanti.

Tak sabarnya nak jerit. LEE ZIA JUARA OLIMPIK PARIS 2024 kelak. Semoga dipermudahkan urusannya dan menjadi kenyataan.