Andy Murray hanya satu set dipisahkan untuk ke pusingan ketiga Kejohanan Wimbledon selepas perlawanan menentang Stefanos Tsitsipas, awal pagi tadi, terpaksa dihentikan berikutan perintah berkurung pukul 11 malam di Centre Court.

Menjelang ulang tahun gelaran pertamanya di Kelab All England, Murray cuba menjelmakan prestasi jitu menerusi ketabahan, kemahiran dan kawalannya di atas gelanggang rumput apabila mendahului 6-7 (3), 7-6 (2) dan 6-4.

Sebaik pengumuman bahawa pertarungan itu akan dihentikan 20 minit lagi yang mengundang ejekan penonton, tetapi Murray mungkin tidak terlalu kecewa selepas dia melalui detik sukar dalam set penentuan itu apabila mengerang kesakitan.




Pemain kelahiran Scotland itu terbaring kesakitan sambil memegang pangkal paha kirinya selepas tergelincir.

Dengan segera bangkit dan mendominasi game itu dengan servis yang mencetuskan beberapa kesilapan daripada Tsitsipas dan dia pastinya mahu memastikan harapan terus bernyala apabila aksi bersambung.