Aksi tanpa penonton Selangor bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak mematahkan semangat barisan penyokong yang mahu terus memberikan sokongan buat buat skuad Gergasi Merah itu.

Malaysian Football League (MFL) telah mengambil keputusan terhadap kes ketidakhadiran Selangor ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super pada 10 Mei 2024 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.

Antaranya mereka telah didenda RM100,000, berdepan pemotongan tiga mata saingan Liga Super 2024-2025 dan bakal bertemu JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya tanpa kehadiran penonton.

Ia tidak mematahkan semangat barisan penyokong Selangor yang menyeru perlawanan tersebut (LS14) disiarkan menerusi skrin besar berdekatan dengan area stadium.