Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menepis spekulasi yang mengaitkan jaguh Liga Super itu dengan kelab Barcelona yang berpangkalan di Ecuador.

Khabar angin itu makin bertiup kencang selepas seorang wartawan Eropah, Joaquin Saavedra, turut menyentuh berita perpindahannya.

Begitupun, ia disangkal sendiri oleh Tunku Ismail yang mengatakan tidak, sekali gus memadam khabar angin yang membabitkan penyerang berusia 31 tahun itu.