SELANGOR 0 NEGERI SEMBILAN 0

Selangor perlu segera mencari jalan keluar daripada kebuntuan di dalam kotak penalti Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, sebentar tadi.


Negeri Sembilan seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol, Aqil Razak, yang mematahkan beberapa percubaan tuan rumah menarik yang diilhamkan pemain import, Ronnie Fernandez dan Noor Al-Rawabdeh.

Begitupun, skuad kendalian Nidzam Jamil itu tidak boleh terleka selepas Takumi Sasaki sempat melepasi perangkap ofsaid dan meluru ke arah pintu gol Selangor dalam beberapa kesempatan.