Letshanaa Karupathevan laungkan semangat dan keyakinan tinggi untuk tambah baik kedudukan ranking semasanya dan pentas Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 (SELBATC) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) Shah Alam dari 13 hingga 18 Februari ini adalah penatas terbaik untuk beliau membuktikannya.

K. Letshanaa ketika ditemui dalam sesi latihan rasmi pasukan Malaysia di menyatakan bahawa, 'perlawanan dengan Emiriah Arab Bersatu (U-A-E) dijangka tidak menjadi masalah buat kita dan diharapkan berjalan dengan lancar. Sedikit sebanyak memberi ruang untuk selesakan diri di atas gelanggang,'

"Perlawanan dengan Thailand kita akan usaha sehabis baik dan kita akan tengok bagaimana keputusannya nanti, itulah yang kami fokuskan buat masa ini,"

"Buat masa ini saya mengekalkan ranking semasa dari 50 ke 60 dan saya berharap akan terus meningkat dan saya pasti lakukan yang terbaik buat tahun ini, pastinya kejohanan ini akan membantu saya,"

"Sudah pasti kami akan berikan yang terbaik dan sasaran kami untuk berpasukan wanita adalah untuk lakukan yang terbaik, untuk pamerkan apa yang telah kami lakukan dalam latihan dan tidak meletakkan tekanan yang terlalu tinggi,"

"Kita tidak boleh memberikan sasaran kami, tetapi bila maan kami berikan yang terbaik nanti, keptusannya pasti akan lebih baik lagi,"

"Kita punya keyakinan untuk tewaskan Thailand seklaigus layak ke suku akhir,"